NASA Sahkah Julai 2023 Sebagai Bulan Paling Panas Dalam Rekod Sejak 1880

NASA julai 2023 paling panas rekod

NASA Sahkah Julai 2023 Sebagai Bulan Paling Panas Dalam Rekod Sejak 1880

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mengesahkan Julai pada tahun 2023 merupakan bulan paling panas dalam rekod sejak 1880.

Menurut para saintis di Institut Pengajian Angkasa Goddard (GISS), NASA Julai 2023 lebih panas jika dibandingkan bulan lain dalam rekod suhu global.

“Sejak hari pertama,Presiden Biden telah menganggap krisis iklim sebagai ancaman yangwujud pada zaman kita,” kata Ali Zaidi, Penasihat Iklim di Rumah Putih.

Susulan fenomena rekod suhu tinggi, kebakaran hutan dan banjir, analisis NASA telah memberikan konteks terhadap kepimpinan Presiden Biden.

Kepimpinan Biden yang menekankan menegnai hal ehwal iklim itu difahamkan tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat.

Daripada mendapatkan Akta Pengurangan Inflasi, pelaburan iklim terbesar dalam sejarah, kepada menggunakan Akta Pengeluaran Pertahanan untuk meningkatkan pengeluaran tenaga bersih domestik, kepada mengukuhkan daya tahan iklim dalam komuniti di seluruh negara.

“Presiden Biden menyampaikan agenda iklim yang paling bercita-cita tinggi dalam sejarah.”

Secara keseluruhan,  Julai 2023 mencatatkan peningkatan suhu sebanyak 0.24 darjah Celsius berbanding Julai untuk tahun sebelumnya.

Bukan itu sahaja, suhu tersebut merupakan 1.18 darjah Celcius lebih panas berbanding suhu Julai secara purata antara 1951 hingga 1980.

nasa julai 2023 bulan paling panas rekod
Kredit: NASA
Fokus utama analisis GISS ialah melihat perubahan suhu dalam jangka panjang selama beberapa dekad dan abad.

Selain itu, pihak terbabit turut melihat tempoh asas tetap yang menghasilkan anomali secara konsisten dari semasa ke semasa. Suhu “normal” biasanya ditakrifkan dalam beberapa dekad atau lebih, biasanya 30 tahun.

“Data NASA telah mengesahkan apa yang dirasai berbilion-bilion penduduk di dunia iaitu, suhu pada Julai 2023 yang menjadikan bulan terpanas dalam sejarah,

“Dalam setiap penjuru dunia, penduduk Amerika kini sedang merasai kesan krisis iklim sendiri, menggariskan kepentingan agenda iklim bersejarah dalam kepimpinan Biden,” kata Pentadbir NASA, Bill Nelson.

“Sains merupakan satu perkara yang jelas. Kita mesti bertindak sekarang untuk melindungi komuniti dan planet kita; satu-satunya yang kita ada.”

BACA: Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok

Sumber: NASA

 

The post NASA Sahkah Julai 2023 Sebagai Bulan Paling Panas Dalam Rekod Sejak 1880 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*