Wanita buntu cari suami hilang sejak Isnin

PETALING JAYA – Seorang wanita buntu apabila suaminya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu (9 Januari) tanpa sebarang berita.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Nur Malrah menerusi Facebook, laporan polis juga sedah dibuat bagi mengesan keberadaannya.

“Assalamualaikum. Kalau ada sesiapa nampak suami saya, Muhammad Faisal, sila ‘pm’ saya.

“Dia keluar hari Isnin 9 Januari pukul 4 petang sampai sekarang hari ni Jumaat, 13 Januari, masih tak pulang tanpa khabar berita,” katanya.

Nur Malrah memaklumkan, telefon bimbit suaminya itu juga tidak dapat dihubungi menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.

“Handphone mati. Kali terakhir pakai baju Foodpanda dan beg hitam. Motor saya sertakan dekat gambar dan nombor plat dia JKY 9563.

“Siapa yang nampak dia tolong pm atau hubungi nombor ni 0163198312 (Mai), 0127210374 (Sani) atau 0127210384 (Nadia),” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita buntu cari suami hilang sejak Isnin appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*