Wanita Ditahan Guna Kad Debit Individu Lain Hingga RM4,400

Wanita ditahan guna kad debit

Wanita Ditahan Guna Kad Debit Individu Lain Hingga RM4,400

Seorang wanita ditahan selepas dilapor menggunakan kad debit milik individu lain untuk berbelanja.

Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM4,400, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata bahawa suspek berusia 44 tahun itu telah ditahan pada Rabu lalu.

Suspek telah ditahan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Brickfield.

Kata Amihizam lagi, siasatan telah dijalankan selepas mangsa memuat naik di laman sosial berkenaan kad debitnya itu.

“Semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran dari akaun mangsa pada 24 Disember 2023 sehingga 25 Disember 2023 tanpa pengetahuannya melibatkan kerugian berjumlah RM4,400.

“Kertas siasatan kemudiannya dibuka bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Susulan itu, suspek kemudiannya telah diberkas untuk siasatan lanjut berkenaan kes tersebut.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut berkaitan kes ini.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan segera menyalurkan info berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis,” katanya.

Dua Anggota Polis Ditahan Samun, Rogol Penuntut Kolej Swasta – Polis 

Terdahulu, dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol.

Dua anggota polis itu disyaki melakukan perbuatan itu ke atas seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View.

Difahamkan anggota yang ditahan itu masing-masing merupakan seorang Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku pada 10.09 malam. Ketika kejadian, penuntut itu bersama rakan lelakinya telah ditahan dua anggota lengkap beruniform.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah membawa mangsa dan rakannya ke tempat yang berasingan.

“Rakan lelaki mangsa dibawa ke bank sementara salah seorang suspek bertindak merogol mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita Ditahan Guna Kad Debit Individu Lain Hingga RM4,400 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*