Polis Sita Lamborghini, Buka Kertas Siasatan Pemandu Secara Merbahaya Di SDE

polis lamborghini SDE

Polis Sita Lamborghini, Buka Kertas Siasatan Pemandu Secara Merbahaya Di SDE

ISKANDAR PUTERI, 31 Julai (Bernama) — Polis telah menyita lima kereta mewah jenis Lamborghini dan membuka kertas siasatan terhadap lima individu yang dipercayai memandu kereta berkenaan secara melulu dan berbahaya di Lebuh Raya Senai Desaru (SDE), Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kelima-lima pemandu berusia 44 hingga 64 tahun itu telahpun diambil keterangan pada hari yang sama dan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung lima pemandu yang memandu melulu dan merbahaya di SDE, dekat Kota Tinggi.

Sebelum ini tular video berdurasi lebih seminit yang memaparkan aksi berbahaya lima pemandu berkenaan yang memandu secara melulu semasa memotong kenderaan lain di lebuh raya, dan semua mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Senai menghala ke Bandar Penawar untuk menghadiri satu program.

Selesai beri leterangan, lima pemandu Lamborghini dibebaskan dengan jaminan polis

Sebelum ini, media melaporkan bahawa lima pemandu kenderaan mewah jenis Lamborghini dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, kesemua pemandu kereta mewah berkenaan telah selesai diambil keterangan oleh pihaknya pada Sabtu.

“Lima pemandu kereta mewah itu telah tampil memberikan keterangan semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya kepada pemberita.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tular, Lamborghini Milik Syamsul Yusof Dipercayai Berasap Tepi Jalan

The post Polis Sita Lamborghini, Buka Kertas Siasatan Pemandu Secara Merbahaya Di SDE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*