Mayat Wanita Hidup Balik Sebelum Dikebumikan

hidup balik sebelum dikebumikan

Mayat Wanita Hidup Balik Sebelum Dikebumikan

Seorang wanita di Thailand yang sepatutnya sudah mati, telah mengejutkan ahli keluarganya apabila ‘hidup balik’ semasa dalam perjalanan ke tempat pengebumiannya, lapor Mirror UK.

Chataporn Sriphonla dikatakan telah meninggal dunia dalam transit ketika dia dibawa dari hospital ke rumahnya di wilayah Udon Thani pada 29 Jun lalu.

Semasa dalam perjalanan di dalam van menuju ke daerah Ban Dung, paramedik percaya bahawa Chataporn telah berhenti bernafas dan sudah meninggal dunia.

Ibunya, Mali menelefon saudara maranya untuk memaklumkan mengenai kematian anaknya dan mereka berpendapat Chataporn meninggal disebabkan oleh kanser hati.

“Anak perempuan saya sedang dirawat kerana kanser di hospital, tetapi doktor memberitahu kami dia hanya mempunyai harapan tipis untuk hidup.

“Saya mahu dia menghabiskan saat-saat terakhirnya bersama keluarga, jadi saya membawanya pulang ke rumah.

“Kami sangat sedih apabila mendapati dia telah meninggal dunia dalam perjalanan pulang,” kata Mali.

Keluarga yang sedang bersedih itu mengikuti tradisi Buddha untuk pembakaran mayat segera.

Mereka turut bersiap untuk pengebumiannya dengan membeli keranda dan menyelaraskan perkara itu dengan kakitangan kuil untuk upacara tersebut.

Van yang membawa mayat Chataporn yang berusia 49 tahun itu kemudiannya menuju ke kuil Wat Sri Phadung Pattana di mana mayat itu akan disimpan semalaman.

BACA: Sembilan Tahun Mengandung ‘Janin Batu’, Wanita Meninggal Dunia

Tiba-tiba tersedar

Kredit: Viral Press

Ketika dalam perjalanan, situasi yang tidak dijangka berlaku di mana wanita yang mati itu mengejutkan penumpang dalam van apabila terjaga daripada lena dan membuka matanya.

Sungguhpun hairan dengan kebangkitan anak perempuannya, Mali sekali lagi menelefon keluarga dengan gembira memaklumkan bahawa anaknya masih hidup.

Tidak lama selepas itu, Chataporn dikejarkan ke Hospital Putera Mahkota Ban Dung dan berada di bawah pengawasan perubatan.

Dalam masa sama saudara mara dikatakan keliru tetapi percaya wanita itu bertahan supaya dapat melihat anak-anaknya sebelum dia meninggal dunia.

Kes yang sama terjadi awal bulan lalu

Kisah Chataporn dikatakan persis seperti kejadian awal bulan ini yang berlaku di Ecuador di mana Bella Montoya tiba-tiba hidup semula di dalam kerandanya pada 9 Jun lepas.

Wanita berusia 76 tahun itu diisytiharkan mati oleh doktor, tetapi mengejutkan orang yang berkabung apabila dia mula mengetuk kerandanya.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital tetapi dilaporkan meninggal seminggu kemudian.

Sumber: Mirror UK

The post Mayat Wanita Hidup Balik Sebelum Dikebumikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*