Wanita Kongsi ‘Keluhan’ Jadi Isteri Jutawan, Semua “Tip-Top” & Mewah

isteri mengeluh layanan tip top suami

Wanita Kongsi ‘Keluhan’ Jadi Isteri Jutawan, Semua “Tip-Top” & Mewah

Isteri kepada seorang jutawan asal Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluh ‘kesukarannya’ apabila sering mendapat layanan bagai permasuri daripada suaminya.

Wanita yang dikenali sebagai Soudi itu, berkongsi keluhan tersebut menerusi satu hantaran di TikToknya.

Sebelum ini, dia sering berkongsi kehidupannya sebagai seorang isteri kepada jutawan yang tinggal di UAE.

Dalam satu video pendek, wanita tersebut mendedahkan ‘kesan sampingan’ yang terpaksa dilaluinya apabila dilimpahi kemewahan.

“Masalah yang dihadapi apabila mengahwini seorang lelaki yang kaya,” tulisnya.

Menerusi video itu, Soudi kelihatan berada di sebuah kedai kasut jenama mewah, Jimmy Choo.

Ketika itu, dia dilihat sedang meninjau barang-barang yang dijual di kedai berkenaan termasuk beg tangan yang cantik-cantik belaka.

“Dia (suami) tidak membenarkan saya membayar sendiri bil-bil dan kos-kos ketika keluar berjalan-jalan ataupun berbelanja membeli pakaian.

“Saya tidak dibenarkan sama sekali menggunakan duit poket sendiri,” tulis wanita itu sambil disertakan dengan emoji sedih.

isteri mengeluh layanan tip top suami
Kredit: TikTok

‘Masalah’ yang dihadapi adalah perkara yang diidamkan oleh kebanyakan wanita lain di dunia

Soudi turut ‘mengadu’ sering dibawa melancong ke luar negara dengan menaiki pesawat. Malah, setiap masa keselamatannya terjamin kerana ditemani oleh pengawal peribadi.

Hendak bergerak ke mana-mana juga bukan satu masalah kerana Soudi turut disediakan pemandu peribadi.

Menurut Soudi, suaminya berpendapat adalah tidak sesuai dan tidak selamat sekiranya dia keluar bersendirian.

isteri mengeluh layanan tip top suami
Kredit: TikTok

Walaupun dilimpahi kemewahan, Soudi memilih untuk bersederhana ketika memilih pakaian-pakaian yang digayakannya.

Kata Soudi, suaminya sering meminta dia berpakaian sopan dan tidak terlalu menonjol.

“Sentiasa menjaga saya kerana saya adalah permatanya,” tulis wanita tersebut sambil disertai emoji berlian.

Namun, Soudi menjelaskan suaminya tetap menyokong dan suka melihat dia sentiasa menjadi diri sendiri.

Kredit: TikTok

Dalam pada itu, video ‘keluhan’ itu pantas perhatian warga internet apabila meraih kira-kira 217.5k jumlah tontonan dan 6,810 likes.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang berkongsi impian dan mahu merasai kehidupan yang dilalui wanita Britain itu.

Ada juga yang tampil memuji suami Soudi yang disifatkan seorang lelaki dan suami yang budiman.

@soudiofarabia

Jamal loves it when I behave myself ✨ #dubai #millionaire #ksa #fyp

♬ Sherine drake – Djamil

BACA: Rasa Istimewa, Abang Ni Payung Cara Buat Air Sirap Kenduri

Sumber: SoudiofArabia via TikTok

The post Wanita Kongsi ‘Keluhan’ Jadi Isteri Jutawan, Semua “Tip-Top” & Mewah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*