Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur

petua tradisional rambut gugur

Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur

Rambut gugur sudah menjadi norma dalam kehidupan, lebih-lebih lagi buat para wanita, memang tidak akan lari daripada maalah tersebut.

Ramai yang buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut hingga terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk memastikan rambut kekal sihat.

Pun begitu, tidak salah untuk mencuba petua tradisional yang dikongsikan oleh Ana Mahabu di Facebook ini, di mana dia telah menunjukkan cara mengatasi rambut gugur dengan menggunakan ais kiub limau purut.

Petua tersebut bukan sahaja untuk merawat rambut gugur malah ia juga boleh melebatkan rambut.

Menurut Ana, penggunaan limau purut dalam perubatan tradisional sangat terkenal dan disebabkan itu, baha utama dalam petua yang dikongsikan ialah limau purut.

“Ramai orang pasti tahu bahawa buah limau purut sangat bagus untuk penjagaan dan rawatan rambut.

“Pengguna limau purut dalam perubatan tradisional sememangnya amat terkenal secara turun temurun sejak zaman dahulu lagi,” katanya.

Katanya, petua tersebut adalah cara yang dia lakukan untuk rawatan rambut gugur dan cara tersebut juga akan membuat akar rambut jadi kuat.

Dalam pada masa yang sama, ia mengeluarkan bau yang harum pada rambut serta membuatkan rambut lebih berseri dan sihat bersinar.

Ikuti petua tersebut di bawah ini.

BACA: Kongsi 17 Petua Memasak, Wanita Dedah Cara Berguna Untuk Hasilkan Makanan Sedap

Atasi rambut gugur cara tradisional guna limau purut

Bahan dan caranya:

Kredit: Ana Mahabu/Facebook

Empat atau lima biji limau purut dipotong.

Segelas santan kelapa asli yang diperah (sebaiknya guna santan segar lebih berkhasiat untuk kesihatan rambut)

Kedua-dua bahan tersebut harus dikisar sehingga hancur.

Kemudian masukkan ke dalam bekas ketulan ais seperti dalam gambar.

Seterusnya masukkan ketulan ais tersebut ke dalam peti sejuk beku.

Cara untuk rawatan

Ambil satu atau dua ketulan ais limau purut santan dan gosokkan kepada kulit kepala. Ia dapat menguatkan cengkaman akar rambut serta menghilangkan pening kepala.

Boleh lakukan sebanyak dua kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang cepat.

Sumber: Ana Mahabu/Facebook

The post Wanita Kongsi Petua Tradisional Untuk Rawat Rambut Gugur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*