Wanita Warga Emas Maut Terbakar

Wanita warga emas maut

Wanita Warga Emas Maut Terbakar

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Seorang wanita berusia lingkungan 60-an ditemukan maut dengan hampir seluruh badan terbakar di tepi jalan di Kelana Jaya awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata kebakaran yang berlaku pukul 3.46 pagi tadi itu disedari orang ramai yang kemudian membuat panggilan kecemasan. 

“Bertindak atas maklumat, sebuah kereta peronda polis bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara pergi ke lokasi kejadian di Jalan SS22 Kelana Jaya dekat sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang terbakar hampir 80 peratus disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Sumber: BERNAMA

The post Wanita Warga Emas Maut Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*