Waterco Malaysia Sediakan Akses Air Bersih & Selamat Kepada Lebih 150 Keluarga Orang Asli

Lapan perkampungan Orang Asli di Pekan, Rompin dan Bera mendapat akses air bersih atas usaha Waterco Malaysia.

PAHANG, 27 DISEMBER 2022 – Untuk dua tahun berturut-turut, peneraju penyedia penyelesaian sehenti untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco (Far East) Sdn Bhd (Waterco Malaysia) telah bekerjasama dengan Global Peace Foundation (GPF) untuk memasang sistem penapisan air di lapan perkampungan Orang Asli di Pahang yang diduduki lebih daripada 150 keluarga supaya mereka mendapat akses kepada air bersih.

Berpegang teguh pada komitmen dan kepercayaan mereka bahawa semua manusia berhak untuk mendapatkan air bersih, Waterco Malaysia terus menambah baik akses kepada air bersih untuk perkampungan Orang Asli demi meningkatkan tahap kebersihan dalam kehidupan harian mereka sambil mencegah penyakit untuk mencapai gaya hidup yang sihat.

Oleh kerana lokasi mereka yang terletak di luar bandar, penduduk kampung Orang Asli ini sangat bergantung pada sumber air berdekatan seperti sungai, kolam, dan telaga untuk kegunaan harian dan minuman serta masakan. Walau bagaimanapun, air yang digunakan sejak bertahun-tahun lalu mungkin tidak pernah dibersihkan atau dirawat dan ini mampu mengakibatkan masalah pencemaran air yang boleh menyebabkan masalah kesihatan fizikal dan mental untuk komuniti yang berkenaan.

Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia, mengulas bahawa Waterco akan terus menyediakan komuniti Orang Asli dengan akses yang lengkap kepada bekalan air bersih dan beliau menekankan bahawa Waterco komited untuk meningkatkan taraf kebersihan masyarakat ini.

“Tidak dapat dinafikan bahawa air bersih merupakan keperluan terbesar dalam kehidupan dan ia sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental seseorang, namun masih banyak komuniti di luar sana menghadapi masalah untuk memperoleh keperluan asas ini.

“Lebih-lebih lagi dengan musim banjir yang semakin merisaukan yang turut menyumbang kepada pencemaran bekalan air, kami di Waterco lebih bersemangat untuk membantu seramai mungkin komuniti yang memerlukan untuk mengurangkan beban mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian,” kata Encik Koo.

Menerusi kerjasama ini, Waterco Malaysia dan GPF telah mengenal pasti lapan perkampungan Orang Asli di Pekan, Rompin, and Bera yang amat memerlukan air bersih bagi tujuan sanitasi dan kegunaan umum. Penapis air Point-of-Entry (POE) telah dipasang di sumber air utama setiap kampung yang kemudiannya dihubungkan kepada kemudahan sanitasi di kampung supaya air yang bersih dan selamat untuk dinikmati penduduk bagi tujuan mandi, membersih dan rutin harian yang lain.

“Kami amat berterima kasih atas peluang bekerjasama dengan GPF sekali lagi untuk tahun kedua dalam usaha mendekati komuniti di kawasan luar bandar dan memainkan peranan kami sebagai pakar industri dalam menyediakan penyelesaian jangka panjang yang cekap. Kami sentiasa menghargai bantuan daripada GPF yang menghubungkan kami dengan komuniti yang memerlukan dan kami menantikan lebih banyak peluang untuk menambah baik persekitaran hidup golongan yang kurang bernasib baik,” kata Encik Koo.

Untuk maklumat lanjut tentang Waterco Malaysia dan inisiatifnya, sila layari: https://www.waterco.com.my/

The post Waterco Malaysia Sediakan Akses Air Bersih & Selamat Kepada Lebih 150 Keluarga Orang Asli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*