WHO Isytihar Pemanis Tiruan, Aspartame ‘Berkemungkinan Karsinogenik’ Kepada Manusia

aspartame berkemungkinan karsinogenik

WHO Isytihar Pemanis Tiruan, Aspartame ‘Berkemungkinan Karsinogenik’ Kepada Manusia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan bahawa pemanis tiruan, aspartame yang sering digunakan dalam penghasilan minuman ringan sebagai ‘ berkemungkinan karsinogenik ‘ kepada manusia.

Bagaimanapun, had dos harian pengambilan pemanis tiruan itu tidak berubah, lapor AFP.

”Kami bukanlah ingin menasihati mana-mana syarikat untuk menarik semula produk ataupun menasihati pengguna untuk berhenti terus.

”Apa yang kami ingin sampaikan adalah, beserderhanalah (pengambilan aspartame),” kata Francesco Branca, Ketua Pengarah Nutrisi dan Keselamatan Makanan WHO.

Sebelum ini, Agensi Kajian Terhadap Kanser (IARC) dibawah WHO telah menjalankan evaluasi terhadap pemanis itu dalam satu pertemuan di Lyon, pada 6 hingga 13 Jun.

”Mereka menyimpulkan bahawa aspartame sebagai berkemungkinan karsinogenik kepada manusia,” kata WHO lagi.

Aspartame diletakkan dalam Kumpulan 2B, berdasarkan bukti terhad yang ada, dengan kebimbangan secara khusus terhadap hepatocellular carcinoma, iaitu sejenis kanser hati.

Selain itu, eksperimen ke atas haiwan juga hanya memberikan bukti terhad kepada penyelidik.

Kategori 2B turut mengandungi ekstrak aloe vera dan asid kafeik yang boleh ditemui dalam kopi dan teh, jelas Paul Pharoah. Beliau merupakan seorang profesor dalam bidang kanser di Pusat Rawatan Cedars-Sinai di Los Angeles.

“Orang ramai tidak sepatutnya risau mengenai risiko kanser yang dikaitkan dengan bahan kimia dalam Kumpulan 2B,” katanya.

Menurut wakil IARC pula, Mary Schubauer-Berigan berkata bukti-bukti terhad bersangkut dengan hepatocellular carcinoma diperoleh menerusi tiga penyelidikan. Penyelidikan-penyelidikan itu diadakan di Amerika Syarikat dan di 10 buah negara Eropah.

“Hanya ada tiga kajian epidomiologikal ini sahaja yang memeriksa kanser hati. Sudah tentu ia menjadi petunjuk bahawa lebih banyak kajian perlu dilakukan, namun ia bukan perkara yang boleh dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

 Aspartame telah digunakan secara meluaskan sejak 1980-an

Aspartame adalah sejenis pemanis tiruan kimia yang digunakan secara meluas dalam industri makanan dan minuman. Difahamkan, produk ini diperkenal dalam industri bermula pada 1980-an.

Bahan pemanis ini biasa ditemui dalam minuman diet, gula-gula getah, gelatin, ais krim, produk ternusu seperti yogurt, bijirin sarapan pagi dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, bahan ini turut ditemui dalam ubatan-ubatan dan suplemen kesihatan seperti ubat batuk dan vitamin.  Malah, ia turut ditemui dalam produk penjagaan kesihatan diri seperti ubat gigi.

Persatuan Bahan Pemanis Antarabangsa menyimpulkan bahawa pengelasan Kumpulan 2B telah meletakkan aspartame dalam kategori yang sama dengan kimchi dan beberapa jeruk sayuran yang lain.

BACA: Ini Maksud “Coordinated Inauthentic Behaviour” & Kesannya Kepada Masyarakat

Sumber: AFP 

The post WHO Isytihar Pemanis Tiruan, Aspartame ‘Berkemungkinan Karsinogenik’ Kepada Manusia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*