Tak Bau Masam & Rasa Lain, Ini Rahsia Simpan Keropok Lekor Tahan Lama

Tak Bau Masam & Rasa Lain, Ini Rahsia Simpan Keropok Lekor Tahan Lama

Sebut sahaja ‘keropok lekor’, siapa sahaja tidak suka dengan makanan bergoreng yang satu ini, lebih-lebih lagi sekiranya ‘pekena’ waktu petang-petang dan ketika hujan.

Lazimnya, pembuatan keropok lekor adalah berasaskan ikan segar dengan campuran tepung. Makanan ini sememangnya terkenal di negeri-negeri Pantai Timur khususnya Terengganu.

Walau bagaimanapun, makanan ini sering menjadi isu mengenai ketahanannya ketika disimpan dalam tempoh yang lama.

Kadangkala, jika nak digoreng, bau sesetengah keropok lekor yang belum digoreng sudah berbau masam atau busuk bahkan tiada rasa selepas diangkat daripada minyak panas.

Sehubungan itu, SK akan berkongsikan tip bagaimana makanan ini boleh disimpan dalam tempoh berbulan-bulan oleh Afy Al Habibi di Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah.

Tip Keropok Lekor Tahan Berbulan-bulan

Selalu kongsi resepi. Kali ni nak kongsi tip mudah. Sebab ramai kot suka makan keropok lekor beli dari Kelantan. Yang dah tahu tips ni senyum je okay.

Masalah keropok lekor ni kalau simpan lama-lama kat peti suhu biasa mesti akan timbul selaput putih kan? Bau pun masam. Rasa pun dah lain. 

BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Silakan ikut tip awal di bawah ni ye untuk simpan lama stok keropok lekor ye.

1. Lepas je beli keropok lekor, terus potong ikut saiz suka

2. Masukkan dalam plastik mengikut kuantiti sekali goreng sahaja. 

Langkah seterusnya, tengok gambar kat bawah okay

Gambar: Afy Al Habibi

Masukkan dalam peti sejuk beku. Tak kira berapa lama, keropok tak rosak pun. 

Gambar: Afy Al Habibi

Rasa nak nak makan bila-bila masa, ambik je 1 plastik sekali goreng tu. Rebus sekejap dalam air yang mendidih untuk rasa lebih sedap. 

*beza dengan hasil lepas defrost terus goreng macam tu je*

Gambar: Afy Al Habibi

Jangan lupa masuk 1/3 sudu kecil garam. Nak elak rasa tawar sebab kita rebus balik tadi. 

Gambar: Afy Al Habibi

Rebus dalam 5 minit sahaja. 

Gambar: Afy Al Habibi

Toskan seketika.

Gambar: Afy Al Habibi

Goreng mengikut tahap garing yang kita suka. Guna api sederhana besar sahaja.

Gambar: Afy Al Habibi

Haa siap keropok dengan rasa isi ikan penuh. Bila gigit keropok pun lembut je. Aduh bayangkan, sedapnya.

Senang kan? Selamat mencuba.

keropok lekor tahan lama
Gambar: Afy Al Habibi

Paling cikgu suka kepala keropok ni. Cicah pulak dengan ‘colek’ cili boh. Cikgu dah kongsi ye resepi colek ni. Tengok dalam album kompilasi 2 okay.

keropok lekor tahan lama
Gambar: Afy Al Habibi

Siapa tak suka keropok memang rugi. Haa

Sumber: Afy Al Habibi via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The post Tak Bau Masam & Rasa Lain, Ini Rahsia Simpan Keropok Lekor Tahan Lama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*