Kenapa Banyak Orang Vietnam Nama “Nguyen”?

Nama Nguyen

Istilah “Nguyen” memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di Vietnam maka tidak hairanlah sekiranya ramai pemain bola sepak di sana memiliki pangkal nama bermula dengan “Nguyen”.

Tahukah anda, nama penuh Vietnam sedikit berbeza daripada segi struktur berbanding nama Korea atau China kerana umum ketahui nama orang di kedua-dua negara itu mempunyai tiga bahagian iaitu nama keluarga, nama tengah dan nama sebenar.

Selain Nguyen, nama belakang yang diguna pakai di Vietnam juga merangkumi beberapa istilah lain iaitu Huyh/Hoang, Bui, Tran, Phan, Do, Le, Ve/Vo, Pham dan Dang.

Memetik Local Insider, lebih daripada 40 peratus atau satu per tiga daripada seluruh rakyat Vietnam mempunyai “Nguyen” sebagai nama keluarga iaitu sekitar 38 juta orang.

Berasal dari China

Nama Nguyen dikatakan berasal berasal daripada penghijrahan beberapa orang penduduk China ke Vietnam satu ketika dahulu sehingga menubuhkan satu pertubuhan nama keluarga Nguyen.

Malah, “Nguyen” sendiri berasal dari China yang bererti Ruan. Difahamkan nama tersebut berfungsi untuk menunjukkan status sosial.

Profesor pengajian Vietnam di Universiti Hawaii, Stephen O’Harrow menyifatkan penggunaan nama keluarga di Vietnam adalah disebabkan faktor cukai.

“Di bawah penjajah China, orang Cina akan menunjukkan nama keluarga mereka secara khusus untuk melindungi rekod. Mereka (China) akan menggunakan bilangan nama pada keluarga yang terhad kepada rakyat di bawah pemerintahan mereka,” jelasnya.

Nama Nguyen
Kredit: Local Insider

Turut memberi pengaruh ketika pemerintahan pada Dinasti Ly oleh Tran Thu Do, dia telah mengarahkan semua orang yang mempunyai nama keluarga bermula “Ly” harus menukar nama keluarga mereka kepada Nguyen. Peristiwa tersebut berlaku pada zaman terakhir Dinasti Mac pada 1592.

“Penukaran nama tersebut menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin adalah satu sebab mengapa di Vietnam penggunaan nama Nguyen begitu ramai,” tambah O’Harrow

Memetik Atlas Obscura, keberadaan nama-nama terakhir di Vietnam berasal dari tahun 111 sebelum Masihi (SM) iaitu pada awal pendudukan seribu tahun yang panjang oleh Dinasti Han di Tiongkok.

Tambahan pula, pada abad ke-19, ketika Vietnam masih di bawah jajahan Perancis, orang Perancis telah mengadakan tinjauan dan mendapati bahawa rakyat Vietnam tidak mempunyai nama keluarga yang betul.

Justeru, orang Perancis memutuskan untuk memberikan nama keluarga kepada mereka dan mereka memilih Nguyen kerana ia adalah monarki terakhir di Vietnam.

Nama Nguyen
Kredit: Atlas Obscura

Jadi, nama Nguyen bukan sahaja melambangkan negara asal penduduk Vietnam, malah turut menjadi sejarah istimewa nama keluarga mereka.

Seperti negara lain, Vietnam juga mempunyai beberapa dialek yang berbeza ekoran daripada faktor geografi iaitu utara-selatan.

Bahasa di Vietnam Selatan cenderung untuk menyebutnya dengan pendek, jadi Nguyen akan diucapkan seperti “Win” atau “Wen.”

Sementara orang Vietnam Utara pula akan memanggilnya dengan sebutan seperti “N’Win atau “Nuh’Win”, semuanya disebut dalam satu suku kata.

 

Sumber: Local Insider / Kompas.com / Atlas Obscura

The post Kenapa Banyak Orang Vietnam Nama “Nguyen”? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*