fbpx

Zahid Hamidi Buat Laporan Polis, Dakwa Papagomo Bohong Dan Menipu Fakta

Zahid Hamidi Buat Laporan Polis papagomo

Zahid Hamidi Buat Laporan Polis, Dakwa Papagomo Bohong Dan Menipu Fakta

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan Papagomo yang menuduhnya menipu Yang di-Pertuan Agong ketika mahu membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu pada semalam.

Presiden UMNO itu berharap agar tindakan sewajarnya ke atas bekas Exco Pemuda UMNO itu dapat diambil.

“Saya harap polis mengambil tindakan terhadap pembohongan yang dilakukan oleh beliau dan penipuan terhadap fakta yang sebenarnya.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

“Apa yang telah kita lakukan adalah mengikut titah Tuanku Agong dan juga mengikut tatacara pembentukan sebuah kerajaan ketika itu, dimana pihak PH ketika itu ada 82 kerusi dan BN ada 30 kerusi. Maka ianya mencukupkan jumlah 112 yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan, mengikut titah Tuanku Agong,” ujarnya.

Terdahulu, telah tular video Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri dalam satu siaran live menerusi akaun Tiktok miliknya dilaporkan telah melemparkan tuduhan mengenai Ahmad Zahid yang didakwa telah menipu yang di-Pertuan Agong berkenaan pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Sumber: Astro Awani

The post Zahid Hamidi Buat Laporan Polis, Dakwa Papagomo Bohong Dan Menipu Fakta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*