Spiderman: Across The Spider-Verse, Kesudahan Yang Tak Sudah

spiderman spider-verse

Spiderman Across The Spider-Verse sudah lebih dua minggu masuk pawagam Malaysia. Filem ini adalah sekuel kepada Spiderman Into The Spider-Verse yang ditayangkan pada tahun 2022.

Kisah seorang pelajar bernama Miles Morales yang tinggal di bandar New York pernah disengat labah-labah radioaktif ketika lepak bersama pak ciknya Uncle Aaron. Pada mulanya Miles tidak merasakan apa-apa sehingga tangannya melekat pada rambut kawannya, Gwen.

Sambungan Across The Spider-verse ini pula bermula dengan kisah konflik Gwen dengan ayahnya. Ayahnya terkejut selepas mendapat tahu bahawa Gwen adalah seorang Spiderwoman yang sedang diburu kerana menyebabkan kematian sahabatnya.

spiderman spider-verse

Gwen pun tak nak semak kepala, terus ikut Spiderman yang lain ke Spider-Verse dan memilih untuk muncul kembali ke universe Miles. Misi Gwen muncul ke universe Miles untuk menangkap penjahat tetapi dia berjumpa pula dengan Miles dan akhirnya semua berubah.

Miles mengikut Gwen menjelajah ke universe Spiderman lain sehingga satu ketika Miles telah menghalang satu “cannon event” dari berlaku yang boleh membuat kacau-bilau universe Spiderman yang lain.

Apa yang best?

Apa yang best dalam Across The Spider-Verse kali ini adalah klimaksnya yang buat korang tak sabar untuk menantikan filem sambungannya. Filem ini bermula agak perlahan tetapi graf itu semakin naik dan naik, buat korang teruja dan makin teruja.

Walaupun durasinya mencecah hingga 2 jam lebih, korang tak merasa begitu lama dalam panggung disebabkan kemuncak ceritanya yang sangat luar biasa. Ya, filem ini dua jam. Kalau korang jenis mudah terkucil, mungkin sekali dua akan ke tandas. Janganlah minum banyak sangat.

Ending dan plot twist yang buat akal korang terhenti seketika. Ya, plot twist dalam filem ini sangat memutar alam. Korang sangkakan Miles berada di point A rupanya tak, dia sedang berada di point K rupanya.

Apa yang tak best?

Macam SK cakap tadi, permulaan cerita ini agak perlahan dengan kisah Gwen dan ayahnya. Itu salah satu kelemahan dalam filem ini tapi masih kekal filem ini seronok untuk ditonton.

Selain itu, animasi yang agak mengganggu mata pada awal 10-15 minit pertama. Buatkan SK rasa nak keluar dari panggung disebabkan mereka menggunakan animasi dua tona warna yang sangat sakit mata dan hati. Mungkin korang suka dan selesa itu pendapat masing-masing.

Overall boleh bagi 4/5 bintang untuk filem Spiderman Across The Spider-Verse. Kalau korang dah tengok boleh tinggalkan pendapat korang kat ruangan komen Facebook Siakap Keli.

The post Spiderman: Across The Spider-Verse, Kesudahan Yang Tak Sudah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*