Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am Ditamatkan Tahun ini – Armizan

subsidi tepung

Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am Ditamatkan Tahun ini – Armizan

SHAH ALAM —  Pemberian subsidi tepung gandum kegunaan am telah ditamatkan mulai tahun ini, kata Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Lapor Sinar Harian, perkara itu dilakukan berikutan pengilang tidak mampu untuk mengeluarkan tepung bersubsidi pada harga kawalan RM1.45 per kilogram.

Armizan berkata demikian selepas soalan yang diajukan oleh Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada semalam berkenaan hingga bilakah barangan bersubsidi seperti gula, tepung, minyak petrol dan sebagainya yang diberikan oleh pihak Kerajaan dapat dinikmati oleh warga asing.

Armiza berkata pemberian subsidi itu adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia.

BACA: Tahan Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Bunga Kantan

Meskipun pemberian subsidi itu telah ditamatkan, beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan penyasaran semula subsidi yang hanya boleh dinikmati kumpulan sasar warganegara yang layak sahaja.

Dalam perkembangan lain, Armizan memberitahu satu lagi mekanisme melibatkan minyak masak bersubsidi kini sedang dibangunkan oleh KPDN untuk menyasarkan terhadap mereka yang layak membeli di peringkat runcit.

Ujarnya, semua stesen minyak di seluruh negara juga telah melaksanakan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan dengan nombor pendaftaran asing selepas dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Jelasnya, kenderaan asing hanya boleh mengisi tidak lebih daripada 20 liter bagi stesen minyak dalam jarak 50km (kilometer) dari sempadan Singapura dan Thailand serta 30km dari jarak sempadan Indonesia dan Brunei dengan isian petrol RON97 sahaja.

“Kerajaan juga telah menamatkan subsidi gula mulai 26 Oktober 2013 dan sejak itu, gula putih bertapis hanya dikawal melalui pewartaan harga kawalan sahaja yang dinikmati oleh seluruh penduduk Malaysia termasuk warga asing,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

The post Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am Ditamatkan Tahun ini – Armizan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*