14 Remaja Ditahan, Polis Bawa Ke Surau Solat Subuh Berjemaah

polis remaja solat subuh

14 Remaja Ditahan, Polis Bawa Ke Surau Solat Subuh Berjemaah

Seramai 14 penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik dibawa untuk solat Subuh berjemaah selepas ditahan pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Guthrie pada Jumaat lalu.

Pegawai polis trafik IPD Sungai Buloh berkata selepas pihaknya menyita motosikal, mereka telah dibawa ke Surau Fazwina IPD Sungai Buloh untuk mendirikan solat secara berjemaah.

Solat berjemaah itu diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Inspektor Che Hassan Ambo dan dibuat untuk menerapkan nilai kerohanian.

Jelasnya, kira-kira jam 3 pagi pihaknya dibantu anggota Balai Sungai Pelong telah menjalankan Operasi Pencegahan Samseng Jalan di Lebuhraya Guthrie.

BACA: Ketua Polis Balai Didakwa Kasari Orang Awam Dipindah Ke Jabatan Lain

“Hasil operasi sebanyak 87 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan seramai 108 penunggang motorsikal telah diperiksa dengan 14 buah motorsikal telah disita dan ditahan atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos.

“Kesemua penunggang motorsikal yang disita telah mendirikan solat fardu subuh berjemaah di Surau Fazwina IPD Sungai Buloh dan diimamkan oleh Inspektor Che Hassan Bin Ambok, Pegawai Penyiasat BSPT Sungai Buloh,” katanya memetik kenyataan pada dua hari lalu.

Mengulas lanjut, pihak BSPT turut menekankan penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang ditetapkan di negara ini.

“Kami tidak akan berkrompomi dengan kesalahan kelas utama jalan raya terutamanya bagi kesalahan tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan serta perlindungan insuran.

“Di samping itu, pendedahan kerohanian juga dipraktikkan bagi kesedaran remaja atas kesalahan yang telah dilakukan,” ujarnya.

Sumber: Polis Daerah Sungai Buloh/Facebook

The post 14 Remaja Ditahan, Polis Bawa Ke Surau Solat Subuh Berjemaah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*