15 pintu rumah panjang musnah terbakar

BELAGA – Sebanyak 15 pintu Rh. Uma Bakah di Sungai Asap, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan pada pukul 2.20 petang, melibatkan Blok F di rumah panjang terbabit.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga, telah dikerahkan ke lokasi dan setibanya kira-kira pukul 3.59 petang mendapati kesemua 15 pintu rumah terbabit sudah musnah terbakar.

“Kebakaran melibatkan satu blok rumah panjang 15 pintu di Blok F telah terbakar 100 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, turut terjejas satu pintu rumah di Blok E yang dianggarkan mengalami kemusnahan 45 peratus.

Katanya, jumlah penghuni yang terjejas adalah seramai 68 orang namun kesemua penghuni dilaporkan selamat.

Jelasnya penghuni yang terjejas terdiri daripada 24 orang lelaki dewasa, 30 orang wanita dewasa dan 14 orang kanak-kanak.

Bagaimanapun, beliau berkata blok lain di rumah panjang itu selamat kerana api berjaya dikawal daripada merebak oleh seramai 20 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Uma Daro Liling. – KOSMO! ONLINE

 

The post 15 pintu rumah panjang musnah terbakar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*