Konsert: Muse Keluarkan Satu Lagu Tidak Bersesuaian, Hormat Garis Panduan

muse lagu garis panduan

Konsert: Muse Keluarkan Satu Lagu Tidak Bersesuaian, Hormat Garis Panduan

Kumpulan rock terkemuka dari United Kingdom, Muse dilaporkan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan sebuah lagu yang tidak bersesuaian dari senarai set untuk konsert Muse: Will of the People World Tour in Kuala Lumpur, di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Lapor Gempak, wakil penganjur Hello Universe Malaysia, Adam Ashraf berkata pihak pengurusan Muse secara proaktif menghubungi mereka untuk memastikan set lagu mereka mematuhi garis panduan hiburan di Malaysia.

Perkara itu dibuat susulan insiden kontroversi The 1975 di Festival Good Vibes (GVF) yang viral pada baru-baru ini.

“Mereka menghubungi kami sejurus selepas insiden itu heboh satu dunia. Selepas perbincangan, mereka memutuskan untuk buang satu daripada senarai lagu kerana judulnya.

“Sangat seronok untuk mengetahui mereka tidak sabar untuk membuat persembahan sambil menghormati garis panduan kita,” katanya kepada Gempak.

Apabila ditanya mengenai kejadian insiden yang berlaku di GVF tempoh hari, Adam turut menyatakan kerisauannya.

Bagaimanapun, mereka berasa lega selepas pihak berkaitan memaklumkan acara itu tetap diteruskan.

“Sudah tentu kami bimbang, siapa sahaja yang tidak bimbang.

“Tetapi syukur, kami mendapat jaminan daripada pihak berkuasa bahawa persembahan itu akan diteruskan dan selagi kumpulan itu (Muse) berkelakuan sewajarnya, semuannya akan lancar,” tambahnya.

BACA: Lokasi Konsert Muse Ditukar Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Singgah Langkawi sebelum konsert jelajah

Kredit: Twitter

Difahamkan, Muse yang dianggotai Matt Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howard sudah sampai awal ke Malaysia beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian yang berlegar di media sosial, kesemua mereka dilihat sedang bercuti bersama keluarga masing-masing di Langkawi.

Rata-rata peminat berkongsi perkara itu dan teruja melihat kelibat anggota kumpulan tersebut bersama keluarga masing-masing yang sedang bercuti.

Gambar ketibaan Muse di Langkawi itu telah dikongsikan secara meluas oleh beberapa individu di Twitter.

“Muse mai healing dekat Langkawi. Aku ingat member aku melawak ja tadi, kalau dak singgah dah jumpa depa dulu,” tulis perkongsian seorang individu di Twitter berserta beberapa keping gambar.

Dalam gambar tersebut dapat dilihat, anggota kumpulan itu seperti sedang mendaftar masuk untuk penginapan mereka sepanjang di Langkawi.

Sumber: Gempak

The post Konsert: Muse Keluarkan Satu Lagu Tidak Bersesuaian, Hormat Garis Panduan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*