Ceramah Berunsur Hina Institusi Diraja, 16 Laporan Polis Diterima – Polis Johor

ceramah hina institusi diraja

Ceramah Berunsur Hina Institusi Diraja, 16 Laporan Polis Diterima – Polis Johor

Sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan satu video memaparkan ceramah berunsur penghinaan terhadap institusi diraja, kata Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Beliau mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan satu hantaran video di TikTok berdurasi 31 saat itu pada semalam.

Kamarul Zaman berkata video tersebut memaparkan seorang penceramah lelaki yang membuat kenyataan berunsur penghinaan.

“(Ia) memaparkan seorang penceramah lelaki yang telah membuat kenyataan dengan menyebut ‘Ulamak pewaris nabi. Maknanya raja, sultan kena duduk bawah ulamak.

‘Perdana menteri, menteri-menteri kena duduk di bawah ulamak. Ulamak atas sekali’,” katanya yang menyebut kembali kenyataan penceramah terbabit.

Sehubungan itu pihaknya telah menerima 16 laporan polis berhubung video penceramah terbabit di negeri itu.

“Satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman bagi Akta Hasutan adalah penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Manakala bagi pembuatan membuat kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara, pesalah boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kemudahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan dengan denda tidak melebihi RM50,000.

“Atau dipenjara tidak melebih satu tahun atau kedua-duanya,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian serta kegentaran awam.

BACA: Polis Rampas Bungkusan Tiub Ubat Gigi Ekstrak Ganja Dialamatkan Kepada Dua Ahli Politik

Polis tahan tujuh lelaki disyaki pukul dua pemuda, gara-gara permainan video dalam talian

Sebelum ini, polis menahan tujuh lelaki yang disyaki memukul dua pemuda berumur 20an dalam pergaduhan yang berpunca daripada permainan video dalam talian Mobile Legend.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pergaduhan berlaku semasa pengadu bersama seorang rakannya yang berada di sebuah stesen minyak.

Kemudian ia didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal yang kemudian bertindak memukul mereka.

Beliau berkata pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.

Ketujuh-tujuh suspek direman lima hari bermula 12 Mac bagi membantu siasatan.

Sumber: Polis Johor/Facebook

The post Ceramah Berunsur Hina Institusi Diraja, 16 Laporan Polis Diterima – Polis Johor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*