Hampir Seluruh Negeri Dijangka Hujan Esok Pagi

hujan esok pagi

Hampir Seluruh Negeri Dijangka Hujan Esok Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca bersempena dengan Hari Kebangsaan bagi esok hari bersamaan dengan 31 Ogos.

Menurut Met Malaysia, pada sebelah pagi, hujan atau ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat melibatkan 11 negeri.

Antara 11 negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, WP Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.

Negeri-negeri yang tidak berada dalam senarai tersebut dijangka tidak akan dituruni hujan.

Pada sebelah petang, hujan atau ribut dijangka berlaku di satu dua tempat. Sebanyak 11 negeri dijangka akan berlakunya hujan.

11 negeri tersebut adalah Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Bagi negeri Sarawak, antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang.

Tempat lain yang tidak dinyatakan oleh MetMalaysia dijangka tidak akan dituruni hujan pada sebelah petang esok.

Pada sebelah malam, hujan ribut petir dijangka akan berlaku di beberapa tempat melibatkan negeri Terengganu.

Selain itu, hujan ribut petir satu dua tempat pula akan melibatkan sebanyak enam negeri sahaja.

Enam negeri tersebut adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah. Bagi negeri Sarawak kawasan yang terlibat adalah Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang.

Manakala bagi Sabah kawasan yang terlibat adalah Sandakan, Pedalaman dan Tawau.

Justeru, rancang perjalanan anda untuk melihat perarakan perbarisan Hari Kebangsaan dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Anda juga dinasihatkan untuk membawa payung bagi bersedia dengan kejadian hujan lebat.

Sumber: MetMalaysia 

The post Hampir Seluruh Negeri Dijangka Hujan Esok Pagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*