18 Kemudahan Pengecas EV Tersedia Menjelang Hujung Tahun – TNB

kemudahan pengecas ev

18 Kemudahan Pengecas EV Tersedia Menjelang Hujung Tahun – TNB

KUALA LUMPUR — Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memaklumkan sebanyak 18 kemudahan pengecas TNB Electron bakal disediakan di sepanjang Hentian Rawat dan Rehat (R&R) kepada pemilik kenderaan elektrik (EV).

Difahamkan, kemudahan pengecas itu bakal siap tersedia menjelang hujung tahun ini. Tambahan lagi, ia merupakan hasil kolaborasi TNB dan Lebuhraya PLUS serta disokong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ia bagi memberikan pengguna kenderaan EV menikmati pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah melancarkan operasi pengecas EV TNB Electron pertama di R&R Ayer Keroh (Arah Utara) hari ini.

Majlis itu turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din.

“Setakat ini, kemudahan pengecas TNB Electron disediakan di tiga buah R&R iaitu R&R Ayer Keroh (Arah Utara), R&R Tapah (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan dan R&R Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Manakala enam lagi  TNB Electron yang dijangka siap pada tahun ini adalah di R&R Machap (Arah Selatan), R&R Rawang (Arah Utara).

“R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan), R&R Gurun (Arah Utara dan Selatan) dan R&R Paka (Arah Selatan),” maklum kenyataan itu hari ini.

BACA JUGA: Daihatsu Perkenal Ayla EV, ‘Kembar’ Perodua Axia Versi Kereta Elektrik Di Indonesia

TNB mengganggarkan sebanyak 99,000 kWh elektrik bakal digunakan sepanjang tahun 2023 di sembilan TNB Electron.

Dalam masa yang sama, ia dapat mengurangkan 7.2 tan metrik pelepasan gas karbon dioksida.

Terdahulu, kerajaan dalam usaha membawa masuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik ke dalam pasaran tempatan, lapor Bernama.

Difahamkan, harga kenderaan EV mampu milik itu tidak melebihi RM100,000 bagi memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kebanyakan EV sekarang berharga melebihi RM100,000.

Harga tersebut adalah di luar kemampuan mereka, maklumnya lagi.

“Antara faktor penting, sekarang Proton akan bawa masuk kenderaan Geely dalam masa terdekat tetapi itu dari luar negara. Jika kita dapat pasang kenderaan itu di Malaysia mungkin ia akan membantu kita untuk menawarkan EV (dengan kos) lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu pelancaran  Stesen Pengecasan EV Bangi Golf Resort.

Tambahnya, pengembangan industri EV dalam negara merupakan inisiatif kerajaan bagi merendahkan pelepasan karbon di udara.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad 

The post  18 Kemudahan Pengecas EV Tersedia Menjelang Hujung Tahun – TNB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*