Pakaian Raya Berbulu Lepas Sehari Pakai, Guna Cara Ni “Confirm” Hilang

Cara hilang pakaian raya berbulu

Pakaian Raya Berbulu Lepas Sehari Pakai, Guna Cara Ni “Confirm” Hilang

Pada 1 Syawal, seluruh umat Islam kebanyakannya mengenakan pakaian raya baharu dengan pelbagai warna penuh ceria selepas hampir sebulan berperang melawan hawa nafsu.

Ada yang memakai pakaian seperti Baju Melayu Teluk Belanga, Cekak Musang, Baju Kebaya, Jubah, Kurung Moden banyak lagi.

Namun, kadangkala kita tidak perasan bahawa baju yang dipakai menjadi berbulu yang entah berpunca daripada mana. Perkara ini tentunya menimbulkan kekecewaan dalam diri kerana telah berbelanja besar demi sepasang baju raya.

Bahkan jika ia berbulu dengan teruk, tentunya ramai yang mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai atau membuang sahaja pakaian itu.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip bagaimana mengatasi masalah seluar berbulu hanya dengan menggunakan satu alatan ini sahaja.

Untuk itu, mari ikuti perkongsian seorang tukang jahit yang dikenali Kak Nea dalam videonya di akaun TikTok @kakneasitukangjahit

BACA: “Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

Menurut Kak Nea, pakaian jika dipakai lama-lama cenderung untuk berbulu. Walau bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana boleh ia boleh dihilangkan dengan menggunakan pisau cukur atau shaver.

Cara hilang pakaian raya berbulu
Gambar: TikTok @kakneasitukangjahit

“Kak Nea nak kongsikan cara bagaimana anda semua nak hilangkan bulu pada seluar atau baju, bila lama-lama kita pakai dia ada bulu kan,” katanya dalam video.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Cara-cara

Gambar: TikTok @kakneasitukangjahit

Pertama, bentangkan baju atau seluar pada bahagian yang berbulu. Kemudian, ambil pisau cukur dan lalukannya pada bahagian tersebut secara perlahan-lahan.

Pastikan kain atau seluar berada dalam keadaan lurus atau terbuka bagi memudahkan proses mencukur bulu benang.

Gambar: TikTok @kakneasitukangjahit

Tambah Kak Nea, pisau cukur yang digunakan tidak semestinya perlu baharu untuk melakukan perkara ini.

Dia menasihatkan ia dilakukan secara berhati-hati kerana bimbang boleh merosakkan pakaian.

Semoga bermanfaat.

@kakneasitukangjahit

Tip macam mana cara nak buang bulu pada baju atau seluar.selamat mencuba ye semua#kakneasitukangjahit #belajardgnkaknea #tukangjahit

♬ original sound – Kak Nea | Tukang Jahit Anda – Kak Nea | Tukang Jahit Anda

Sumber: TikTok @kakneasitukangjahit

BACA JUGA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

The post Pakaian Raya Berbulu Lepas Sehari Pakai, Guna Cara Ni “Confirm” Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*