18,000 Lembu Dilapor Mati Dalam Letupan Di Texas

lembu mati dalam letupan

18,000 Lembu Dilapor Mati Dalam Letupan Di Texas

AMERIKA SYARIKAT — Sekurang-kurangnya 18,000 ekor lembu dilaporkan mati dan seorang peladang kritikal dalam satu kejadian letupan di ladang tenusu Texas, awal minggu lalu.

Memetik BBC, kejadian itu berlaku di South Fork Dairy berhampiran bandar Dimmitt.

Pejabat Syerif Daerah Castro, Syerif Sal Rivera berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 7.21 petang waktu tempatan Isnin lalu.

Dalam rakaman video berdurasi 13 saat yang tular, ia menunjukkan kepulan asap hitam tersebar ke ruang udara dengan skala besar.

@alexanderdelacruz178

♬ sonido original – alexanderdelacruz178

Tambahnya, sewaktu polis dan anggota kecemasan tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kejadian itu.

Mangsa kemudiannya segera diterbangkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan berada dalam keadaan kritikal.

“Walaupun angka sebenar lembu yang mati akibat kebakaran masih belum diketahui, namun ia dianggarkan sebanyak 18,000 ekor. Kebanyakan haiwan itu mati selepas api merebak ke kawasan ladang termasuk kawasan pemerah susu dan kandang.

“Terdapat juga beberapa ekor yang terselamat dari tragedi itu, namun ia mengalami cedera dan mungkin perlu dibunuh,” katanya kepada akhbar tempatan, KFDA.

Gambar: Pejabat Syerif Daerah Castro

Tambah Rivera, unit siasatan mendakwa letupan itu berkemungkinan berpunca dari jentera ladang berkenaan yang disebut sebagai honey badger untuk ‘menyedut’ najis lembu tersebut.

“Mungkin ia terlalu panas sehingga gas metana merebak ke ruang luar ladang sebelum terbakar dan meletup,” katanya kepada KFDA.

Sementara itu, Institut Kebajikan Haiwan yang berpangkalan di Washington DC dalam satu kenyataan berkata anggaran kematian ternakan ladang tersebut adalah 18,000 setakat ini.

BACA JUGA: Lelaki Dipenjara, Dipercayai Takutkan Ayam Jiran Hingga Mati

Pegawai Sekutu Dasar Ternakan AWI, Allie Granger berkata, langkah keselamatan perlu dipertingkatkan.

“Kami berharap industri akan sentiasa kekal fokus pada perkara ini dan saya sangat menggalakkan ladang untuk mengamalkan langkah keselamatan kebakaran.

“Sukar bayangkan bagaimana haiwan itu terbakar hidup-hidup,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, kebakaran berkenaan merupakan rekod yang terburuk dicatatkan sejak 2013.

Terdahulu, hampir tiga juta haiwan ternakan dilaporkan mati akibat kebakaran di seluruh Amerika Syarikat antara 2018 hingga 2021.

Menurut AWI, hampir 6.5 juta haiwan ternakan telah terbunuh dalam kebakaran kandang sejak 2013. Ia melibatkan kira-kira 6 juta ayam dan kira-kira 7,300 ekor lembu.

Manakala pada tahun 2018 hingga 2021, hampir tiga juta haiwan ternakan mati dalam kebakaran termasuk 1.76 juta ekor ayam.

Sumber: BBC News

The post 18,000 Lembu Dilapor Mati Dalam Letupan Di Texas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*