Kenaikan Skim Gaji Pejawat Awam Jadi Keutamaan Bila Pendapatan Negara Meningkat

gaji penjawat awam

Kenaikan Skim Gaji Pejawat Awam Jadi Keutamaan Bila Pendapatan Negara Meningkat

PUTRAJAYA, 6 Mac (Bernama) — Kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam situasi semasa, kenaikan skim gaji tidak dapat dilaksanakan dalam bulan ini namun beliau akan memberikan perkembangan positif mengenai negara pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis ini.

BACA JUGA: Kenaikan Gaji Penjawat Awam Boleh Sebabkan Defisit Tinggi – PM Anwar

“Masa penggulungan, saya akan memberikan beberapa gambaran yang positif, yang baik dari segi hasil kita dari segi pendapatan negara, dari segi jumlah pelaburan yang sebenar, bukan MoU (perjanjian persefahaman),” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Sumber: Bernama

The post Kenaikan Skim Gaji Pejawat Awam Jadi Keutamaan Bila Pendapatan Negara Meningkat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*