Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo

Popia Oreo

Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo

Berbaki lima hari sahaja lagi sebelum menyambut lebaran, tentunya setiap orang tak menang tangan menyiapkan kelengkapan raya di rumah masing-masing.

Antara menu yang penting ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri termasuklah juadah kuih raya.

Menjelang perayaan ini, kita dapat menyaksikan pelbagai jenis kuih raya siap untuk dijual dalam pelbagai variasi bentuk dan warna yang menarik.

Namun, bagi sesetengah mereka lebih gemar untuk membuat kuih-muih ini di rumah (homemade). Hal ini kerana, ia dianggap lebih menghidupkan suasana raya apatah lagi sanak-saudara turut membantu menyiapkan persiapan.

Sehubungan itu, bagi mereka yang ingin membuat kuih raya di rumah, ini resepi mudah Popia Oreo yang dikongsikan oleh Qaseh Iera di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Murah dan sedap popia oreo tiga bahan

Bahan-Bahan 

Antara bahan yang digunakan dalam popia oreo termasuklah serbuk oreo 450 gram (RM10.50), beryls White Coklat 500 gram (RM10), dan kulit popia paket (RM4)

Satu paket kulit popia dapat satu balang penuh itu tak penuh sebab sambil buat sambil makan. Baki coklat dan serbuk oreo banyak, boleh beli lagi kulit popia, sebab guna sikit je untuk salut. Tak rajin tak celup satu-satu macam pepero.

BACA JUGA: Tampil Bergaya Di Aidilfitri, Ketahui Tips Pilih Warna Baju & Tudung Yang Sesua

Cara-cara 

Gambar: Facebook Qaseh Iera

Langkah yang pertama, potong saiz petak ikut saiz panjang yang awak nak. Kedua, gam guna bancuhan tepung gandum

Yang ketiga, goreng jangan sampai hangus, api sederhana selalu kacau, agak-agak perang siap toskan minyak,

Cara seterusnya, cairkan white coklat, gune double builer, coklat suam-suam tuang dalam bekas gaul-gaul.

Langkah kelima, bila white ckolat dah sebati, taburkan serbuk oreo hancur. Saya blend lagi serbuk tu sebab nak halus lagi dan siap.

Sumber: Qaseh Iera di Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)

BACA JUGA: Kekal Wangi Ketika Raya, Ini Tips Pakai “Perfume” Tahan Lama Wajib Anda Cuba

The post Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*