2023 Desaru Coast Multisport Festival Kembali Bagi Tahun Kedua

Desaru, 3 April 2023 : 2023 Desaru Coast Multisport Festival dipersembahkan oleh IRONMAN kembali bagi tahun kedua berturut-turut ekoran satu kejayaan memberangsangkan tahun lalu yang menyaksikan lebih 1,800 penyertaan dari 50 negara. 

Tahun ini, Pengarah Urusan IRONMAN Asia Jeff Edwards menjanjikan satu lagi pengalaman unik buat penggemar adrenalin dan peserta baharu triathlon pada Desaru Coast Multisport Festival tahun ini, yang akan menampilkan IRONMAN 70.3 Desaru Coast, Triatlon Desaru Coast 5150, Triatlon Desaru Coast selain IRONKIDS Desaru Coast.

“Tahun lalu kami mendapat lebih 1,800 penyertaan dari 50 negara, dan itu memang membuktikan bahawa acara ini tidak hanya menjadi tarikan kepada rakyat Malaysia, tetapi juga kepada peringkat antarabangsa. Sebagai penganjur, kami bertekad menjadikan pengalaman tahun ini lebih baik buat  peserta. Untuk memudahkan lagi, terdapat beberapa peringkat perlumbaan untuk disertai. Kami berharap usaha ini dapat menggalakkan perkembangan komuniti multisukan,” katanya.  

“Kejayaan festival sulung tahun lalu memberikan kami perangsang untuk menjadikan acara tahun ini lebih besar dan lebih mengujakan para atlet dan tetamu. Ini merupakan azam berterusan kami untuk terus menaikkan nama Desaru Coast dan Negeri Johor di persada antarabangsa sekaligus menjadikan pelancongan sukan satu tonggak kejayaan yang menyeluruh bagi kita,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Coast, Roslina Arbak.

2023 Desaru Coast Multisport Festival mempunyai tarikannya tersendiri, terdapat 7 sebab mengapa anda perlu mendaftarkan diri sebagai peserta.

7 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MENYERTAI 2023 DESARU COAST MULTISPORT FESTIVAL 

SEBUAH CABARAN MULTISUKAN BAGI SETIAP PERINGKAT

Salah satu tarikan dan faktor penggalak terbesar bagi 2023 Desaru Coast Multisport Festival ialah sukan ini boleh disertai mengikut peringkat masing-masing. 

Buat peserta yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan sukan ini, jangan bimbang kerana terdapat ramai lagi peserta baharu dalam sukan ini yang akan hadir untuk bersama-sama menguji stamina dan mental masing-masing.

Bahkan lebih baik jika anda melakukannya sebagai seorang IRONMAN amatur atau pertengahan dengan beberapa pengalaman yang anda miliki. Matlamatnya mampu meningkatkan catatan peribadi terbaik anda sambil membentuk kekuatan anda.  

IRONMAN menawarkan aneka cabaran lapangan perlumbaan untuk memenuhi tahap pengalaman peserta-peserta yang berbeza. 

Kategori Triatlon Pecut dan Triatlon 5150 lebih sesuai bagi pemain kali pertama atau peserta baharu. Triatlon Pecut bermula dengan berenang 750m, diikuti oleh berbasikal 20km dan berakhir dengan berlari 5km manakala Triatlon 5150 juga dikenali sebagai jarak Olimpik, menampilkan berenang 1.5km, berbasikal 40km dan berlari 10km. IRONMAN 70.3 ialah acara utama di Desaru Coast dengan berenang 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21km. 

Hasil maklum balas, ramai peserta mengakui bahawa Desaru Coast merupakan lapangan perlumbaan yang sesuai bagi triatlet IRONMAN 70.3km untuk menguji diri mereka kerana laluannya yang lurus, jalan-jalan berliku sesuai untuk berbasikal dan berlari, dengan condong saling bertindannya sepanjang laluan dibina bagi mengasak badan. Bagi berenang, airnya yang tenang menjadikannya satu permulaan perlumbaan yang bagus jika para peserta mampu menyesuaikan diri dengan cepat. 

Jika anda merancang untuk  bercuti di Desaru Coast bersama anak kecil anda, daftarkan anak anda di bawah perlumbaan IRONKIDS untuk merasai pengalaman multisukan yang sebenar. Kami menjanjikan pengalaman sukan yang menyeronokkan di samping pengawalan keselamatan yang menyeluruh untuk si kecil anda. 

58 SLOT KELAYAKAN KE KEJOHANAN DUNIA IRONMAN 70.3

Peserta yang ingin bertanding di Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3 di Finland pada Julai ini, dapat memanfaatkan peluang ini kerana terdapat sebanyak 58 slot kelayakkan  yang dibuka untuk menjadi rebutan dalam perlumbaan kali ini. .

Ini termasuk 25 slot yang dikhaskan untuk peserta wanita, dijangka akan menjadi pendorong untuk mereka yang ingin bertanding di Finland dan berentap dengan yang terbaik.  

Lima puluh lapan slot ini turut termasuk 33 yang tersedia bagi kumpulan-kumpulan usia tertinggi, di mana kebanyakan dari mereka sudah pun bersedia bagi perlumbaan ini buat sekian lama. 

2023 DESARU COAST MULTISPORT FESTIVAL BERKEMBARA DENGAN WANITA UNTUK TRI

Dua puluh lima slot tambahan yang tersedia bagi wanita tampil sebagai satu perakuan kepada sokongan mantap oleh  2023 Desaru Coast Multisport Festival bagi menggalakkan penyertaan wanita besar-besaran. 

Bagi yang tidak menyertai, mereka akan memainkan satu peranan yang turut menonjol untuk menyokong rakan-rakan mereka yang bertanding. 

Selain itu, 2023 Desaru Coast Multisport Festival tampil sebagai satu ikhtiar untuk hanya berseronok bagi sekumpulan teman wanita.

DESARU MUDAH DIKUNJUNGI DARI KL & SINGAPURA

Dalam soal mudah dikunjungi, Desaru merupakan satu lokasi strategik bagi peserta-peserta dari Malaysia atau Singapura.

Jika anda datang dari Kuala Lumpur, penerbangannya hanya mengambil masa satu jam sahaja dari Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru dan satu jam lagi merupakan perjalanan dari lapangan terbang ke Desaru menerusi pengangkutan darat. Selain itu, anda juga boleh mengembara dengan selesanya dengan memandu kereta di mana perjalanan dijangka  mengambil masa selama empat jam dari Kuala Lumpur. 

Jika anda datang dari Singapura, terdapat dua cara untuk ke Desaru Coast. Yang pertama dengan melalui jalan darat menerusi Tambak Johor yang mengambil masa 90 minit manakala tempoh yang sama dengan satu perjalanan feri dari Terminal Feri Tanah Merah ke Terminal Feri Desaru Coast.

RACECATION DESARU COAST  – SATU GAYA PERCUTIAN

Selain menjadi lapangan perlumbaan hebat buat IRONMAN, Desaru Coast juga merupakan destinasi percutian yang tenang dan damai dari kesibukan kota. 

“Racecation” merupakan istilah tersendiri digunakan untuk menggambarkan triatlet IRONMAN yang bertanding dalam pelbagai lokasi indah di seluruh dunia dan Desaru Coast merupakan antara destinasi yang menjadi pilihan utama. 

Terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, Desaru Coast menampilkan satu lapangan perlumbaan yang indah dengan pantai bersih sepanjang 17km yang menghadap ke timur di atas perairan lautan yang jernih dan pantai berpasir putih.

Ketika ibu bapa sibuk bertanding, kanak-kanak boleh menghiburkan diri mereka di 20 pacuan di Taman Air Kembara Desaru Coast. 

Jika anda seorang pencinta haiwan, terdapat 100 burung unta yang akan menarik perhatian anda di Ladang Burung Unta Desaru, manakala penggemar alam semula jadi boleh menikmati keindahan paya bakau yang merupakan habitat bagi hidupan liar.

Namun jika anda hanya mahu bersantai dan berehat dengan keluarga dan kawan-kawan, Desaru Coast menyediakan suasana ketenangan dan kesunyian yang amat diperlukan untuk berbuat demikian.

Bagi peserta-peserta yang menetapkan sasaran IRONMAN Malaysia berlangsung kemudian tahun ini, 

2023 DESARU COAST MULTISPORT FESTIVAL akan memberikan anda pemanas badan tepat sebelum anda menuju ke pulau Langkawi!

Bentuk muka bumi berbukit di pulau bersejarah itu jauh lebih sukar dari laluan lurus yang panjang di Desaru Coast , tetapi bermula di sini seharusnya memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang tahap kepesatan dan persaingan.

Timba pengalaman berharga menerusi penampilan sulung di Desaru Coast untuk dijadikan bekalan ke Langkawi!

APA SAHAJA BOLEH BERLAKU, CABAR DIRI ANDA!

Bagi mereka yang telah berhasrat untuk memulakan perjalanan kecergasan tahun ini tetapi masih belum melakukannya, 2023 Desaru Coast Multisport Festival hadir sebagai peluang yang sesuai untuk mula mengeluarkan keringat di luar rumah.

Walaupun anda mungkin meragui keupayaan anda untuk bertanding dalam acara triatlon besar-besaran, IRONMAN Malaysia di Langkawi mempunyai beberapa kisah menakjubkan tentang seorang peserta kurang upaya yang mempunyai satu kaki dan seorang peserta kurang upaya, buta yang merupakan sebahagian daripada kisah kejayaan IRONMAN kami.

Jika mereka boleh melakukannya, begitu juga anda!

Panggilan terakhir untuk mendaftar sekarang!

IRONMAN 70.3 Desaru Coast : 

https://www.ironman.com/im703-desaru-coast-register 

5150 Triathlon Desaru Coast, Desaru Coast Sprint Triathlon & IRONKIDS Desaru Coast

https://www.ironman.com/5150-desaru-coast-register 

The post 2023 Desaru Coast Multisport Festival Kembali Bagi Tahun Kedua appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*