“Formula Dia Cenggini,” Lelaki Kongsi Kiraan Gaji Yang Perlu Ada Untuk Beli Rumah RM1 Juta

gaji beli rumah RM1 juta

“Formula Dia Cenggini,” Lelaki Kongsi Kiraan Gaji Yang Perlu Ada Untuk Beli Rumah RM1 Juta

Pasti ramai diantara kita yang pernah mempunyai impian memiliki sebuah banglo besar untuk didiami.

Pun begitu, terbatas dengan harga yang perlu dibayar untuk memilikinya.

Manakan tidak, harga rumah banglo mewah ini paling kurang pun RM1 juta.

Dengan bekerja makan gaji, pastinya impian untuk memiliki rumah ini akan terpaksa hanya menjadi angan-angan.

Walaupun begitu, pasti kita pernah tertanya-tanya berkenaan berapakah gaji yang perlu diperolehi setiap bulan untuk memiliki rumah jenis banglo ini bukan?

Seorang Jurutera bernama Ir Abdul Rahman Bahasa ada mengupas berkenaan persoalan tersebut.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

MAN,BERAPA GAJI NAK BELI RUMAH 1JUTA?

Haritu ada kawan aku tanya soalan ni. Dahsyat ek soalan dia. Bukan rumah 300k, bukan 500k. Sejuta terus dia tanya! hahaha.

Mantap bila kita tengok kawan-kawan berjaya ni. Tapi orang dah tanya, aku pun jawab je lah.

Rule of thumb nak tau bayaran bulanan rumah macam formula dekat bawah ni. Ni kalau ambil kira 35 tahun loan tenure lah ye. Interest dalam 5%

Formula dia cenggini

Harga rumah ÷ 100 = A

A ÷ 2 = komitmen bayar loan rumah.

Sebagai contoh:
Harga rumah : RM300,000
A= RM300,000 ÷ 100 = RM3,000
A÷2 = RM1,500 = komitmen bayar loan rumah

Kalau harga rumah: RM500,000, kena bayar RM2,500 sebulan

Harga rumah: RM1,000,000, kena bayar RM5,000 sebulan

Harga rumah: RM5,000,000, kena bayar RM25,000 sebulan

Rule of thumb nak tau berapa gaji yang boleh nak beli rumah harga macam dekat atas ni pulak. Formula dia macam dekat bawah ni

Komitmen bayar bulanan ÷ 0.3

Kenapa kena bahagi 0.3? Sebab selalunya bank tetapkan maximum 30% dari pendapatan bulanan adalah untuk bayar komitmen rumah.

Disclaimer: Lain bank lain lah requirementnya ye. Ni just untuk guidance.

So, jom kita kira sikit

Rumah RM300k

Bulan-bulan bayar RM1.5k

1.5k ÷ 0.3 = RM5k

So, kalau nak beli rumah harga RM300k, gaji kena RM5k

Rumah RM500k, gaji kena ada lebih kurang RM8.4k

Kalau harga rumah RM1 juta, gaji RM16.7K

So,aku pun cakap lah dekat kawan aku,

“Mat, nak beli rumah harga sejuta kena ada gaji RM17k Mat”

Mat: Gulpp! (Sambil member garu kepala)

Diharapkan dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda yang mahu membeli rumah sendiri. Buat pengiraan dengan bijak dan pastikan beli rumah mengikut kemampuan gaji yang anda perolehi setiap bulan.
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa via Facebook

The post “Formula Dia Cenggini,” Lelaki Kongsi Kiraan Gaji Yang Perlu Ada Untuk Beli Rumah RM1 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*