24 Termasuk 12 Bayi Baru Lahir Mati Dalam 24 Jam Di Hospital Kerajaan Maharashtra, India

24 mati hospital india

24 Termasuk 12 Bayi Baru Lahir Mati Dalam 24 Jam Di Hospital Kerajaan Maharashtra, India

NEW DELHI, 3 Oktober (Bernama) — Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya bayi baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah hospital kerajaan di negeri Maharashtra, India.

Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded, kira-kira 600 km timur ibu kota kewangan India Mumbai itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan, menurut laporan media tempatan.

Sebanyak 70 pesakit lain dilaporkan dalam keadaan serius.

Pada Ogos, 18 pesakit meninggal dunia dalam tempoh sehari di hospital kerajaan di daerah Thane, kira-kira 25 km dari Mumbai.

Kematian di Nanded antara Sabtu dan Ahad telah menimbulkan dakwaan pengabaian penjagaan kesihatan di negeri terkaya di India itu.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

“Keadaan di hospital ini agak membimbangkan,” kata ahli politik pembangkang dan bekas ketua menteri negeri Ashok Chavan selepas melawat kemudahan itu pada Isnin.

Kira-kira 1,200 pesakit sedang menerima rawatan manakala kapasiti hospital hanya 500 orang katanya menambah, hospital itu sedang mengalami masalah kewangan serta kekurangan jururawat dan doktor yang mencukupi.

Sumber: BERNAMA

The post 24 Termasuk 12 Bayi Baru Lahir Mati Dalam 24 Jam Di Hospital Kerajaan Maharashtra, India appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*