‘Bosco Si Bijak & Manja,’ Pandai Baca Situasi, Tak Akan Sentuh Tuan Nak Ke Masjid

bosco si bijak

‘Bosco Si Bijak & Manja,’ Pandai Baca Situasi, Tak Akan Sentuh Tuan Nak Ke Masjid

Antara anjing dengan kucing, haiwan mana yang paling mendengar kata? Kalau perasan anjing lebih memahami dan mematuhi arahan yang diberikan oleh tuannya.

Disebabkan itu, kita boleh melihat kewujudan anjing pengesan yang membantu polis atau pasukan penyelamat menyelesaikan jenayah atau mencari mangsa yang hilang akibat bencana alam.

Pun begitu, kucing juga mempunyai kepintaran sendiri yang mampu memberikan kebaikan kepada diri ia sendiri berbanding anjing yang lebih mudah memahami komunikasi bersama manusia.

Misalnya seperti seekor anjing yang tular baru-baru ini di media sosial kerana mempunyai pemahaman dan kebijaksanaan dalam membaca situasi.

BACA: Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali

Bosco, anjing pintar dan manja

Menerusi perkongsian video pusat perlindungan haiwan, Phatcathaus anjing yang dinamakan Bosco itu sangat pintar dalam setiap pergerakannya dan juga merupakan binatang yang manja.

Jelasnya, apabila salah seorang daripada mereka mahu menunaikan solat, Bosco tidak akan mendekati dan memilih untuk memberikan renungan tanpa bergerak.

Renungan tersebut bukanlah jelingan mata tetapi hanya melihat setiap pergerakan individu tersebut.

“Bosco ni bijak, ia tahu ada masa tak boleh sentuh kita.

“Contohnya, ia tahu kita nak ke masjid, jadi ia duduk diam je. Bosco tenung sahaja,” katanya.

Kredit: @Phatcathaus/TikTok

Selain pandai dalam memahami keadaan, Bosco juga dikatakan mempunyai karakter yang manja di mana ia tidak boleh duduk berjauhan dengan tuannya.

Tidak seperti anjing yang lain, Bosco lebih memerlukan peneman dan suka untuk berinteraksi dengan manusia berbanding diperlukan untuk menjadi pengawal atau pemerhati di sesuatu tempat.

Oleh kerana perwatakannya itu, pusat perlindungan tersebut menjaga Bosco dengan meletakkannya di tangga dan turut memberi ‘upah’ seperti membawanya berjalan pada setiap malam.

“Satu-satunya anjing yang tak boleh letak di kebun atau rumah. Ia akan meraung (nangis) sepanjang malam sebab berjauhan dengan saya.

“Terpaksalah letak ia di tangga tapi setiap malam kita bawa ia pergi jalan-jalan. Hanya sesuai dimiliki oleh tuan yang sanggup layan (karenah) ia,” ujarnya.

Bosco yang juga merupakan penyambut tetamu di pusat perlindungan itu sangat gembira apabila ternampak kelibat kakitangan permis di tangga.

Bosco berlari menaiki anak tangga sambil ekornya bergoyang-goyang tanpa henti menunjukkan kehadiran pekerja itu memberikannya kebahagiaan.

Sebagai penyambut tetamu, Bosco menjalankan tugas dengan baik di mana ia juga pandai menghulurkan kakinya menunjukkan tanda mahu bersalaman.

Saksikan video di bawah ini untuk melihat keletah Bosco.

@phatcathaus

Satu-satunya anjing yang tak boleh letak di kebun atau rumah. Dia akan meraung (nangis) sepanjang malam sebab berjauh dengan saya. Terpaksa lah letak dia kat tangga tapi setiap malam kita bawak dia gi jalan². Hanya sesuai untuk adopter yang sanggup layan dia. Ada juga nak tapi untuk jaga kebun tapi Bosco jenis anjing rumah.

♬ original sound – umai – umai

Sumber: @Phatcathaus/TikTok

The post ‘Bosco Si Bijak & Manja,’ Pandai Baca Situasi, Tak Akan Sentuh Tuan Nak Ke Masjid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*