26 Tahun Berlalu, Singkap Intipati Belanjawan 1998 Dibentang Anwar 

intipati belanjawan 1998

26 Tahun Berlalu, Singkap Intipati Belanjawan 1998 Dibentang Anwar 

Pada 24 Februari 2023 (esok), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2023.

Sudah semestinya ini akan menjadi persoalan kepada rakyat terutama jumlah bajet yang bakal dibentangkan bagi tahun ini untuk negara.

Bercakap mengenainya, Anwar Ibrahim pernah membentangkan belanjawan negara sebelum ini iaitu bagi Belanjawan 1998 (26 tahun lalu) sebagai Menteri Kewangan.

Ia telah dibentangkan pada 17 Oktober 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

Kredibilitinya dalam menguruskan kewangan tidak perlu dipersoalkan lagi apabila pernah mendapat beberapa pengiktirafan suatu ketika dahulu.

Sempena pembentangan Belanjawan 2023 esok, mari kita singkap serba sedikit mengenai intipati Belanjawan 1998 yang dibentangkan oleh Anwar.

Belanjawan 1998

Gambar: Bernama

Dalam ucapan Belanjawan 1998, dana yang diperuntukkan adalah sebanyak RM64.127 bilion kepada negara. Ia meningkat sebanyak 1.9 peratus berbanding perbelanjaan pada tahun sebelumnya.

Sebanyak RM45.633 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk perbelanjaan negara. Manakala RM18.491 bilion pula untuk pembangunan Malaysia.

Antara Intipati Belanjawan 1998

Dalam perbelanjaan ini, sebanyak RM28.616 bilion telah diperuntukkan kepada operasi Kementerian dan Jabatan. Jumlah tersebut merupakan pengurangan sebanyak tiga peratus kecuali Jabatan Perbendaharan Negara selepas menerima pengurangan sebanyak empat peratus.

Dari jumlah tersebut, sebanyak RM 12.829 bilion telah disalurkan kepada perbelanjaan Emolumen, RM6.474 bilion kepada Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala RM837 juta untuk aset.

Sementara itu, terdapat beberapa pecahan (agihan) dana dalam pelbagai sektor. Antaranya Sektor Ekonomi mendapat peruntukan sebanyak RM8.828 bilion. Manakala untuk Sektor Sosial pula sebanyak RM5.890 bilion.

Dalam Sektor Sains dan Teknologi, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM270 juta untuk meningkatkan kemahiran dalam P&P.

Manakala bagi Pembangunan Teknologi Maklumat (ICT), kerajaan memperuntukkan sejumlah RM400 juta pada tahun 1998. Ia bagi agensi-agensi kerajaan membangunkan teknologi maklumat dan melaksanakan projek Kerajaan Elektronik.

Sektor Pendidikan pula menerima RM12.458 bilion untuk percambahan prasarana dalam semua peringkat. Manakala bagi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) memperolehi dana RM2.881 bilion untuk menampung sistem pengurusan sektor berkenaan.

BACA JUGA: iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga Lebih RM200k

Untuk menjamin bekalan tenaga kerja mahir, kerajaan juga telah menyediakan sejumlah RM676.5 juta bagi Kementerian tertentu. Dalam hal ini, Kerajaan telah menaik taraf prasarana dan program latihan melibatkan 36,902 tenaga kerja.

Bagi Sektor Prasarana dan Perkhidmatan Awam, kerajaan menyumbang dana RM5.243 bilion. Ia meliputi pembinaan jalan raya, kereta api, pelabuhan, pengangkutan laut dan udara.

Manakala sebanyak RM1.165 bilion telah diperuntukkan untuk projek-projek bekalan air peringkat negeri dan pembangunan elektrik di kawasan desa.

Selain itu, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapat dana baru bernilai RM1.0 bilion.

Sebanyak RM3.494 bilion pula disediakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan awam dan kepakaran di hospital-hospital negeri dan daerah.

Untuk menjamin kehidupan di kawasan desa, kerajaan juga memberikan dana sebanyak RM2.08 bilion bagi Pembangunan Desa dan Pembasmian Kemiskinan.

Antara langkah yang dilakukan termasuklah pembangunan prasarana asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.

Bagi Sektor Perumahan, sejumlah RM498 juta diperuntukkan bagi unit rumah penjawat awam selain RM90 juta untuk rumah guru di desa. Manakala RM164 juta dikeluarkan untuk pembinaan rumah awam kos rendah.

Dalam belanjawan ini, pembangunan belia juga dititikberatkan dengan mendapat peruntukkan sebanyak RM38 juta.

Sektor Pelancongan dan Alam Sekitar juga tidak dilupakan dengan masing-masing mendapat dana berjumlah RM174 juta dan RM142 juta bagi memajukan kedua-dua sektor berkenaan.

Sektor Keselamatan mendapat sejumlah RM2.433 bilion daripada kerajaan dan RM840 juta untuk Sektor Perkhidmatan Am. Baki daripada jumlah itu pula sebanyak RM500 juta. Ia bertujuan untuk Simpanan Luar Jangka.

Antara Inisiatif  Yang Mungkin Masih Relevan Hari Ini

Melihat kepada beberapa aspek dalam intipati Belanjawan 1998 tersebut, mungkin masih terdapat inisiatif yang masih relevan untuk diketengahkan dalam belanjawan pada tahun ini.

Pembangunan Sains dan Teknologi

Antaranya Pembangunan Sains dan Teknologi. Hal ini dilihat relevan dengan semakin banyak negara yang menyaksikan kecerdasan bot AI dalam menjalankan operasi secara digital.

Sewaktu 1998, negara telah memperuntukkan sejumlah RM270 juta sebagai langkah pembangunan dalam sektor tersebut. Ia bagi meningkatkan daya saing negara dalam bidang sains dan teknologi.

BACA JUGA: Maksud Malaysia Madani, Slogan Baharu Negara Malaysia

Sebelum ini, gerak kerja lebih tertumpu kepada membangunkan produk tempatan. Langkah itu boleh diperluaskan lagi dengan melakukan kolaborasi bersama negara-negara luar.

Tambahan lagi, ia setidak-tidaknya dapat membantu sektor-sektor lain untuk mengukur dan melihat arah tuju. Sebagai contoh pembangunan dalam bioteknologi, automotif, multimedia, aerospace dan banyak lagi.

Ia secara tidak langsung dapat menjana pendapatan negara dalam bidang ekonomi, pertanian, automotif dan banyak lagi.

Justeru, aspek ini boleh diberikan perhatian dalam Belanjawan 2023 sebagai langkah memperkasa sistem pendigitalan dan pemodenan Malaysia.

Prasarana dan Kemudahan Awam

belanjawan 1998
Gambar: Bernama

Selain itu, kerajaan juga boleh melihat secara terperinci dalam prasarana dan kemudahan awam.

Dalam Belanjawan 1998 menyaksikan negara telah menelan perbelanjaan sebanyak RM5.243 bilion untuk infrastruktur dan pengangkutan awam.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM 3.678 bilion disalurkan kepada pembangunan jalan raya dan jambatan. Manakala RM304 juta untuk pengangkutan kereta api dan selebihnya untuk pembangunan pelabuhan, pengangkutan laut dan pengangkutan udara.

Sebelum ini, kerajaan lebih memfokuskan penswastaan jalan-jalan Persekutuan misalnya pembinaan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Jalan Pintas Selat Klang Utara untuk menangani isu kesesakan lalu lintas.

Melihat peningkatan atau lambakan kenderaan di atas jalan raya, isu ini seperti tiada penghujungnya.

BACA JUGA: Sejarah Sempadan Melaka-Rembau Mungkin Ramai Tak Tahu

Memetik Sinar Harian, sejumlah 33.3 juta unit kenderaan berdaftar direkodkan bagi setiap isi rumah. Berdasarkan data tersebut membuktikan hampir setiap isi rumah mempunyai lebih daripada satu kenderaan.

Justeru, dalam belanjawan tahun ini, kerajaan boleh mengambil langkah proaktif dengan melebihkan peruntukan terhadap pengangkutan awam di seluruh negara khususnya di bandar-bandar besar.

Ia juga dapat mengembalikan keseimbangan jumlah kenderaan di atas jalan raya di samping melestarikan alam.

Pembangunan Belia 

Selain itu, aspek pembangunan belia juga tidak harus dilupakan. Pada tahun 1998, sebanyak RM38 juta dana telah dikeluarkan untuk melaksanakan Program Rakan Muda.

Hal ini kerana golongan belia merupakan prospek utama dalam cerminan negara akan datang. Tambahan, kebanyakan golongan mudah terlibat dalam aktiviti kurang berfaedah.

Sekiranya tiada langkah pembangunan modal insan dalam diri belia. Mereka mudah untuk terjerumus dalam pelbagai perkara negatif sekaligus memberi kesan buruk kepada negara dalam jangka panjang.

Sehubungan itu, kerajaan boleh mempertimbangkan dana untuk pembangunan anak bangsa kita. Dengan ini, negara dapat melahirkan golongan yang membawa nama Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Sektor Perumahan 

Seperti yang diketahui, pada 26 tahun dahulu, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM 1 bilion untuk sektor perumahan awam. Sebanyak RM498 juta dana ini telah digunakan untuk membina ribuan unit rumah bagi penjawat awam seperti kastam, polis, tentera dan lain-lain.

Selain RM90 juta untuk rumah guru di desa. Manakala sebanyak 10,074 unit rumah kos rendah dibangunkan bermodalkan RM164 juta. Ia telah disumbangkan kepada Kerajaan Negeri dan Wilayah Persekutuan bagi pelaksanaan tersebut.

BACA JUGA: Rasmi, Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, Angkat Sumpah 5 Petang Ini

Kita sedia maklum, rumah merupakan satu aset hartanah. Dari tahun ke tahun, harga rumah semakin meningkat.

Ia sekaligus menyukarkan rakyat untuk memiliki sebuah rumah ditambah kemelesetan ekonomi yang berlaku.

Oleh itu, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk meningkatkan dana terhadap pembangunan unit rumah mampu milik. Perkara ini secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

belanjawan 1998
Gambar: Bernama

Imtihannya, diharapkan kerajaan dapat mengimbangi kos antara perbelanjaan dan inflasi yang menyerang ekonomi global pada saat ini.

Ia bukanlah satu penghalang kerana pada 1997 negara turut mengalami situasi hampir serupa.

Lebih-lebih lagi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai lapan peratus jika berbanding sekarang dengan merekodkan empat hingga lima KDNK.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, bukan senang untuk Anwar mengukir senyuman pada wajah seluruh rakyat.

Tambahan pula, pelan nasional ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan terbaik buat rakyat dikala bergelut dengan isu kos sara hidup yang kian meningkat.

Diharapkan pengumuman Belanjawan 2023 esok dapat memberikan kelegaan kepada seluruh warga Malaysia yang sedang menantikannya.

Sumber: Sinar Harian, Ucapan Belanjawan Tahun 1998

The post 26 Tahun Berlalu, Singkap Intipati Belanjawan 1998 Dibentang Anwar  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*