31 Kawasan “Hotspot” Ancaman Tanah Runtuh Dikesan Di Seluruh Malaysia – JMG

31 hotspot tanah runtuh

31 Kawasan “Hotspot” Ancaman Tanah Runtuh Dikesan Di Seluruh Malaysia – JMG

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenal pasti sebanyak 31 kawasan hotspot yang berisiko berdepan ancaman tanah runtuh.

Perkara itu diumumkan oleh JGM menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang berisiko berdepan ancaman tanah runtuh melibatkan beberapa kawasan di seluruh Malaysia.

“Antara kawasan terlibat adalah sekitar Lembah Klang, Tanjung Bungah dan Paya Terubong di Pulau Pinang, Ipoh dan Cameron Highlands di Perak, Kundasang di Sabah dan Bau di Sarawak,” tulis kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai langkah kesiapsiagaan ancaman tersebut, sebanyak 254 cerun kritikal di seluruh negara telah dipantau oleh JMG.

Langkah kesiapsiagaan itu dibuat menjelang Monsun Timur Laut yang dijangka akan berlaku bermula bulan ini atau November 2023.

“Sejumlah 104 lokasi cerun telah diklasifikasikan sebagai cerun kritikal tahap tinggi. Manalah sejumlah 97 dan 53 lokasi cerun diklasifikasikan sebagai cerun kritikal sederhana dan rendah.

“Berdasarkan pemantauan, sejumlah 37 cerun telah diambil tindakan mitigasi manakala 15 cerun sedang diambil tindakan mitigasi. Sebanyak 202 cerun lagi dalam perhatian untuk tindakan selanjutnya,” tambah kenyataan itu lagi.

Notis maklumat pemantauan cerun kritikal telah dibuat kepada beberapa agensi

Tambahnya, maklumat berkenaan pemantauan cerun kritikal tersebut telah dibuat kepada beberapa agensi berkepentingan bagi tindakan susulan boleh diambil.

Kredit Facebook/NRECC

Selain itu, JMG juga dikatakan telah menjalankan pemetaan di tujuh lokasi Taman Eko Rimba (TER) yang berpotensi berlakunya bencana geologi aliran puing tersebut.

“Tujuh lokasi iaitu Perak (TER Lata Iskandar), Selangor (TER Sungai Tua), Negeri Sembilan (TER Jeram Toi), Pahang (TER Chamang) dan Terengganu (TER Lata Payung, TER Chemerong dan TER Air Menderu).

Difahamkan, laporan pemetaan itu merangkumi Peta Pengurusan Bencana Geologi serta cadangan mitigasi dan pemasangan sistem amaran awal.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Dalam pada itu, JMG turut menasihatkan orang ramai agar mereka yang berada di kawasan berisiko untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Terutamanya berkaitan runtuhan atau pergerakan kecil cerun tanah, retakan atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang rumah.

Menurut JMG lagi, jika terdapat tanda-tanda tersebut berlaku, orang ramai diminta untuk segera memberikan maklumat kepada JMG.

Sumber: Facebook/Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

The post 31 Kawasan “Hotspot” Ancaman Tanah Runtuh Dikesan Di Seluruh Malaysia – JMG appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*