Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Alami Gangguan Air Bermula Hari Ini

Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Alami Gangguan Air Bermula Hari Ini

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bahawa penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang pada jam 5.00 pagi hari ini telah menyebabkan pengeluaran loji Rawatan Air Sungai Dua terjejas.

Menurut PBAPP dalam satu kenyataan di Facebook, tindakan kecemasan telah dilakukan dengan menyalurkan air dari Empangan Mengkuang.

“Walau bagaimanapun, jumlah air yang disalurkan dari Empangan Mengkuang masih tidak mencukupi untuk menampung penurunan mendadak paras air Sungai Muda,” katanya.

Jelasnya, Loji Rawatan Air Sungai Dua tidak dapat beroperasi secara normal untuk merawat air 1000 juta liter sehari (JLH) untuk dibekalkan ke kawasan Seberang Perai dan juga kawasan sekitar Pulau Pinang.

Malah, tahap pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai Dua terhad kepada 600-650 juta liter sehari sehingga keadaan air mentah di muka sauk Lahar Tiang mencapai simpanan 100%.

Justeru, sesetengah kawasan di negeri itu akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air bermula hari ini sehingga Rabu.

“Para pengguna dinasihati untuk menyimpan air dengan secukupnya.

“Jurutera-jurutera PBAPP bekerja keras untuk memulihkan bekalan air mentah di muka sauk Lahar Tiang dan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua boleh pulih sepenuhnya.

BACA: Indah & Tenang, Wanita Kongsi “Trip” Ke Sulawesi Yang Ramai Tak Tahu

“PBAPP akan sentiasa kemaskini maklumat kepada pengguna-pengguna air Pulau Pinang,” kata PBAPP lagi.

Terdahulu, kira-kira 252,000 akaun pengguna di beberapa kawasan di Kedah terjejas dan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat daripada penurunan mendadak paras sungai yang berpunca daripada kerosakan pintu barrage Sungai Muda.

Menurut Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd (SADA), ia mengakibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Petani/Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech terpaksa dihenti tugas buat sementara waktu sehingga paras sungai kembali stabil.

Antara kawasan yang terjejas adalah Sungai Petani, Bedong, Pantai Merdeka, Kulim, Lunas, Kuala Ketil dan beberapa kawasan utama lain.

Dalam kenyataan pada hari ini, SADA juga berkata maklumat mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform digital rasmi Facebook dan Tiktok serta laman sesawang rasmi SADA.

Sumber: PBAPP Penang

The post Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Alami Gangguan Air Bermula Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*