42 Tahun Cari Anak, Bapa Meninggal Lima Hari Sebelum Rangka Mayat Anak Ditemui

42 Tahun Cari Anak

42 Tahun Cari Anak, Bapa Meninggal Lima Hari Sebelum Rangka Mayat Anak Ditemui

Seorang bapa yang setiap hari mencari anak perempuannya yang hilang sejak 42 tahun lalu meninggal dunia hanya lima hari sebelum mayat anaknya ditemui di dalam sungai.

Menurut The Mirror, difahamkan, bapa tersebut, Oscar Jackson yang meninggal dunia pada 18 September lalu telah menghabiskan sisa hidupnya selama hampir setiap hari.

Ia dihabiskan dengan menjelajah dasar sungai, anak sungai malah hutan yang berhampiran untuk mencari jejak anaknya itu.

Imbas kembali, Pamella Jackson dan Sherri Miller, 17 tahun dilapor hilang semasa dalam perjalanan menuju ke pesta akhir tahun sekolah di Vermillion, South Dakota, pada tahun 1971.

42 Tahun Cari Anak
Kredit: The Mirror

Kedua-duanya dipercayai tidak sampai ke destinasi mereka kerana terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kereta dipandu masuk ke dalam sungai, Brule Creek sekali gus meragut nyawa mereka.

Mayat ditemui selepas 42 tahun

Sehinggalah pada 23 September lepas iaitu selepas empat dekad, seorang nelayan yang melalui Brule Creek ternampak dua tayar dan bahagian bawah kereta dari atas air .

Lebih mengejutkan, rangka mayat kedua-dua remaja berkenaan bersama kereta Studebaker 1960 itu hanya ditemui 90 meter dari destinasi pesta yang mereka mahu pergi waktu itu.

Kredit: Shutterstock via The Mirror

Seorang wartawan, Lou Raguse menyemak semula kisah tragedi dan siasatan polis dalam buku terbitannya “Vanished In Vermillion: The Real Story of South Dakota’s Most Infamous Cold Case.”

Dalam buku itu, Raguse bercakap mengenai keluarga kedua-dua gadis yang masih hidup dan memberitahunya tentang kehidupan Oscar sebelum itu.

“Oscar menumpukan sisa hidupnya dan menghabiskan banyak masa untuk mencari anaknya di dalam parit dan juga sungai.

“Mereka berfikir bahawa jika dia tahu bahawa di begitu dekat (lokasi kejadian) selama ini, ia mungkin menghancurkannya.

42 Tahun Cari Anak
Kredit: The Mirror

“Tambahnya lagi, kedua-dua ibu bapa Pam sempat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-75 bersama-sama. Mereka hidup lama sebelum Pam dilahirkan dan selepas Pam dilaporkan hilang.

“Jadi, adalah lebih baik untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Pam dengan segera. Tetapi, jika dia tahu pada usia yang lebih tua, saya percaya bahawa mereka akan sangat berdukacita,” tambahnya.

Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun kes itu dalam siasatan, akhirnya pihak polis memutuskan bahawa kematian Sherri dan Pam disahkan mati yang ‘tidak disengajakan’.

Malah, sebarang kesan kecurigaan, bukti dadah atau alkohol juga tidak dapat dikesan.

Sumber: The Mirror

The post 42 Tahun Cari Anak, Bapa Meninggal Lima Hari Sebelum Rangka Mayat Anak Ditemui appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*