Mudah Je Nak Buat, Chef Zam Kongsi Resepi Pai Banofee

Resepi "Dessert" Pai Banofee

Mudah Je Nak Buat, Chef Zam Kongsi Resepi Pai Banofee

Malaysia sememangnya ‘syurga’ bagi penggemar makanan dari seluruh dunia. Bukan sahaja orang luar, rakyat tempatan juga tidak terkecuali.

Hal ini disebabkan kaum yang berbilang membawa kepada pelbagai jenis makanan dari segi makanan ruji, makanan sampingan dan termasuk juga pencuci mulut.

Umumnya, pencuci mulut atau manisan seperti buah-buahan, kek, muffin dan termasuk pai untuk dinikmati selepas menjamu selera.

Ia sesuai untuk dihidangkan kepada sesiapa sahaja tidak kira bersama keluarga mahupun dalam majlis keramaian atau formal.

Manisan ini (dessert) kebiasaannya dimakan dalam kuantiti yang sedikit atau sebagai pelengkap. Antara pencuci mulut yang sering kita dengar ialah kek termasuk yang dikenali Pai Banofee.

Mungkin ramai yang gemar menjadikannya sebagai pencuci mulut namun tidak mengetahui cara pembuatannya secara khusus.

Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan resepi Pai Bonefee dari Chef Zam di bawah. Selamat mencuba.

Resepi Pai Bonefee

Dessert mudah ni adalah salah satu kegemaran one of our reigning Sultan tau. Saya pernah buat 2x untuk Kebawah Duli Tuanku dulu. Saya bertanya kepada senior kakitangan dapur Istana bagi simpan dalam chiller untuk disembahkan dan disantap kemudian disebabkan waktu tu Baginda dah kenyang selepas makan tengah hari.

Esoknya, Kebawah Duli titah ambik dan serve. Lam tali lam tam plong, pai yang saya buat selama berjam-jam tiba-tiba tak dapat dikesan. Acuannya pun dikebas sekali. Astaga!

Gambar: Facebook Chef Zam

Anyways, kamu semua cuba la resipi ni. Mudah je. Kalau dapat rezeki lebih dan terasa kaya, gunakan couverture chocolate lagi best. Decor dengan Ferrero Rocher dan serpihan dark/orange choc pun meriah sangat. Tak perlu susun bagai pun. Main campak/selit at random je supaya nampak effortless.

Resepi "Dessert" Pai Banofee
Gambar: Facebook Chef Zam

PAI BANOFEE

PASTRI

Antara bahan yang diperlukan dalam pembuatan pastri termasuklah 1 sudu teh biji popi, ½ cawan air, ¼ cawan badam
¼ cawan tepung ‘buckwheat’, 1 cawan oats, sedikit garam dan 2 sudu teh minyak.

KARAMEL

Seterusnya, bagi pembuatan karamel pula anda memerlukan 8 biji Kurma Medjool (rendam di dalam air mendidih lebih kurang 10 minit, tos), 1 sudu besar Mentega, 1 sudu besar Air panas, sedikit garam dan 1 sudu teh vanila. 

TOPPING

Untuk karamel, sebanyak 3 sudu besar krim keju, 1 sudu kecil yogurt, ½ sudu teh vanilla, secukupnya pisang berangan, secukupnya Krim putar dan parutan coklat (untuk hiasan).

Resepi "Dessert" Pai Banofee
Gambar: Facebook Chef Zam

Kaedah:

Untuk bahagian kerak atau pastri, kaedah pertama kisarkan oats, biji poppy, tepung ‘buckwheat’, badam dan garam.

Kemudian, masukkan minyak sayuran, dan air. Keluarkan dari mesin pengisar, uli dan canai. Masukkan doh ke dalam acuan pai atau tart.

Yang ketiga, letakkan pemberat kemudian bakar pada suhu 170*C selama 10 – 12 minit.

Keempat, sementara itu kisarkan kurma, kismis, mentega, vanilla dan air panas. Ketepikan. Bagi kaedah kelima pula, untuk bahagian ‘topping’ pukul krim keju, yogurt, vanilla dan sedikit krim tenusu.

Seterusnya, lumurkan coklat pada dasar kulit pai. Selepas itu, masukkan inti adunan kurma.

Kelapan, paipkan krim adunan krim keju di atasnya. Sembilan, potong dan susun pisang di atasnya.

Kaedah terakhir ialah paipkan krim putar di atasnya & akhir sekali sagat coklat di atasnya sebagai hiasan. Sejukkan selama 2 jam sebelum dihidangkan

Sumber: Chef Zam via Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The post Mudah Je Nak Buat, Chef Zam Kongsi Resepi Pai Banofee appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*