Kereta Api Greece Bertembung: Sekurang-Kurangnya 16 Maut, Berpuluh-puluh Cedera

Kereta Api Greece Bertembung

Kereta Api Greece Bertembung: Sekurang-Kurangnya 16 Maut, Berpuluh-puluh Cedera

Sekurang-kurangnya 16 dilapor maut dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas dua kereta api bertembung dalam kejadian yang berlaku di Greece, lapor The Mirror.

Pengendalinya berkata seramai 350 orang yang berada di atas perkhidmatan antara bandar Athens ke Thessaloniki apabila ia melanggar kereta api yang mengangkut barangan.

Laporan awal mencadangkan kedua-dua kereta api bergerak di sepanjang landasan yang sama dengan kelajuan yang tinggi.

Malah, difahamkan kesan nahas itu dipercayai sangat teruk sehingga gerabak hadapan setiap kereta api hampir keseluruhannya hancur.

Menurut seorang saksi berhampiran Evangelismos di Greece, dia menyifatkannya  sebagai kebakaran dengan api marak pada satu gerabak dengan tindak balas kecemasan yang besar sedang dijalankan.

Kereta Api Greece Bertembung
Kredit: Shutterstock via The Mirror
Kereta Api Greece Bertembung
Kredit: The Mirror

Susulan itu, anggota bomba terus menggeledah gerabak untuk mencari lebih ramai mangsa sepanjang malam.

Manakala 30 ambulans telah dikerahkan untuk membawa berpuluh-puluh yang cedera ke hospital berdekatan.

Selain bomba, anggota polis dan angkatan tentera juga terlibat dalam mengendalikan insiden itu.

Malah jalan utama yang terletak di sebelah nahas ditutup untuk membolehkan kenderaan kecemasan masuk ke lokasi kejadian.

Setakat 1:50 pagi waktu tempatan, seramai 60 orang dilaporkan cedera dengan 20 daripadanya dianggap serius sementara 270 lagi dibawa keluar.

“Di Evangelismos terdapat perlanggaran secara langsung antara dua kereta api: kereta api barang dan kereta api yang membawa penumpang yang berlepas dari Athens ke Thessaloniki.

“Kira-kira 350 penumpang berada di dalam pesawat ketika perlanggaran berlaku.

“Anggota bomba dan kakitangan kereta api itu bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan; menyertasi operasi mencari dan menyelamat (SAR), memberi bantuan,” maklum kenyataan syarikat kereta api.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Greece, Thanos Pleuris dipercayai dalam perjalanan ke hospital mengambil mangsa nahas.

Manakala Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Giannis Xifaras melawat lokasi kemalangan tersebut.

Tidah hanya itu, Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis juga turut dimaklumkan tentang berita tragis itu sehingga jadualnya ‘digantung’ ekoran menumpukan perhatian kepada mangsa cedera.

Bagaimanapun, hospital di Athens dan Thessaloniki juga dilaporkan bersiap siaga untuk menerima sebarang kecederaan sekiranya diperlukan.

Sumber: The Mirror

The post Kereta Api Greece Bertembung: Sekurang-Kurangnya 16 Maut, Berpuluh-puluh Cedera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*