5 Terbunuh & 10 Cedera Di Gaza, Ditimpa Kotak Bantuan Dihantar Dari Udara

5 Terbunuh & 10 Cedera Di Gaza, Ditimpa Kotak Bantuan Dihantar Dari Udara

Sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dan 10 lagi cedera selepas kotak bantuan yang dihantara dari udara menimpa mereka, dalam kejadian yang berlaku di Kem Al-Shati, di barat Gaza, pada Jumaat.

Menurut CNN, seorang saksi, Khader Al Zaanoun, memberitahu dia melihat kotak bantuan berkenaan jatuh di kem berkenaan, namun tidak dapat mengesahkan dihantar oleh negara mana.

Ketua Jabatan Penjagaan Kecemasan di Kompleks Perubatan Al-Shifa, Muhammad Al-Sheikh mengesahkan lima orang terkorban dalam kejadian itu.

Menurutnya, beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius ketika dihantar menerima rawatan di kompleks berkenaan.

5 terbunuh & 10 cedera di Gaza, ditimpa kotak bantuan dihantar dari udara

Dalam video yang dilihat CNN, payung terjun kotak bantuan berkenaan dipercayai mengalami kegagalan fungsi.

Kotak bantuan berkenaan kemudian dilihatn jatuh pada kelajuan tinggi ke arah sebuah bangunan kediaman berdekatan Menara Feroz di barat Gaza.

Sementara itu, dalam laporan AFP, pegawai tentera dari Jordan dan Amerika Syarikat masing-masing menafikan kejadian itu berpunca daripada penghantaran udara yang dibuat oleh pihak masing-masing.

“Kami bersimpati dengan semua keluarga mangsa yang terkorban. Bagaimanapun, bertentangan dengan laporan banyak pihak, kejadian itu bukan berpunca daripada penghantaran bantuan udara udara oleh Amerika Syarikat,” kata US Central Command dalam satu kenyataan.

Berharap koridor maritim ditubuhkan, bantuan melalui jalan laut dapat dibuat

Menurut AFP, Belgium, Mesir, Belanda dan Perancis turut terlibat menghantar bantuan melalui udara di Gaza.

Susulan kejadian itu, banyak negara berharap koridor maritim dapat ditubuhkan agar bantuan kemanusian ke Gaza dapat dihantar melalui jalan laut.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berulang kali memberi amaran tentang keadaan kebuluran yang melanda Semenanjung Gaza, sejak konflik tercetus pada Oktober tahun lepas.

Agensi-agensi PBB juga mendesak lebih banyak akses kepada penghantaran bantuan kemanusiaan melalui jalan darat diberikan, sambil menegaskan penghantaran melalui jalan udara dan laut kurang efektif.

BACA: Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sumber: CNN, AFP

The post 5 Terbunuh & 10 Cedera Di Gaza, Ditimpa Kotak Bantuan Dihantar Dari Udara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*