Kurma Mentega Jadi “Trending” Menjelang Ramadan, Ramai Pakat Nak Cuba

Kurma Mentega

Kurma Mentega Jadi “Trending” Menjelang Ramadan, Ramai Pakat Nak Cuba

Ramadan dan kurma memang tidak boleh dipisahkan. Pada bulan di mana umat Islam akan berpuasa selama sebulan ini, permintaan kepada buah kurma akan meningkat dengan mendadak.

Kurma akan dimakan pada waktu sahur untuk mengejapkan perut sementara menanti waktu berbuka. Pada waktu berbuka pula, tigi biji kurma adalah yang paling awal dijamah sebelum beralih ke menu-menu lain.

Namun begitu, sejak beberapa hari lalu, tular perkongsian orang ramai yang menikmati kurma dicampur dengan mentega.

Tidak semena-mena, kurma mentega tiba-tiba menjadi viral, trending dan kegilaan baharu rakyat Malaysia menjelang Ramadan ini.

Paling penting, cara penyediaannya cukup mudah. Anda hanya perlu mengambil buah kurma lalu dibuang bijinya, kemudian letakkan mentega di tengah buah kurma yang sudah dibelah itu.

Tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW

Menurut Maktabah Al-Bakri di laman Facebook, hidangan Tamar (kurma kering) dan mentega sebenarnya adalah kegemaran Baginda Rasulullah SAW.

Maktabah Al-Bakri turut berkongsi satu hadis berkenaan perkara tersebut.

Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Kurma mentega juga baik untuk mereka yang rajin bersenam

Sementara itu, Wafi Razali berkongsi bahawa kurma mentega ini juga sesuai untuk dijadikan makanan bagai mereka yang rajin bersenam.

“Kurma menyediakan sumber gula semula jadi yang cepat untuk tenaga, manakala mentega menyediakan lemak sihat untuk sumber tenaga yang berterusan.

æLepas workout dah sedia post-workout meal dengan tortilla+telur 5 biji di ambil sejam selepas bersenam nanti,” katanya.

 

Kurma dengan salted Butter, rasa lemak manis dan berkrim

Bagi NurulAin Alaui pula, dia menggunakan buah kurma Sawafi yang digandingkan dengan salted butter.

Katanya lagi, kombinasi rasa manis, masin, lemak berkrim serta rasa kenyal menjadikan rasa buah kurma berkenaan lebih sempurna.

Menurut NurulAin, ada juga yang gemar menambah kekacang untuk dimakan dengan kurma mentega kerana rasanya mungkin bertambah sedap.

 

 

BACA: 5 Terbunuh & 10 Cedera Di Gaza, Ditimpa Kotak Bantuan Dihantar Dari Udara

BACA: Jangan Tahu Pakai Je, Ini Cara Mudah Bersihkan Cermin Mata 

Sumber: Laman Facebook (1), (2), (3)

The post Kurma Mentega Jadi “Trending” Menjelang Ramadan, Ramai Pakat Nak Cuba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*