Nelayan asing kendali bot nelayan tempatan di P. Pinang

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan tekong dan kru warga asing di perairan Pulau Kendi, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot Maritim Malaysia telah memeriksa sebuah bot nelayan tempatan kelas C ketika melaksanakan rondaan Op Pertiwi sekitar pukul 4.30 petang.

”Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak ini ditahan di kedudukan 28.1 kilometer barat daya Pulau Kendi.

”Hasil pemeriksaan mendapati, bot ini dikendalikan tekong warga Thailand dan empat kru warga Myanmar berumur 26 hingga 68 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen bot,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah. -KOSMO! ONLINE

The post Nelayan asing kendali bot nelayan tempatan di P. Pinang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*