A.C.A.B. & Cromok Bergabung, Buat Konsert Awal Mac Ini

A.C.A.B Cromok konsert mac

A.C.A.B. & Cromok Bergabung, Buat Konsert Awal Mac Ini

Dua buah band legenda dan terkemuka tanah air, A.C.A.B. dan Cromok dilapor bakal bergabung dalam satu konsert pada awal Mac ini.

Berita gembira buat peminat muzik Oi dan metal itu diumumkan oleh vokalis dan pemain gitar A.C.A.B. sendiri, Megat Hafiz Mohammad.

Menurut Megat, pihaknya berjaya menempah Zepp Kuala Lumpur untuk dijadikan lokasi penganjuran konsert berkenaan.

“Kita telah pun berjaya booking live venue terkemuka di Kuala Lumpur, Zepp bagi mengadakan konsert dengan kumpulan legenda Metal tanahair, Cromok pada bulan Mac nanti sebelum Ramadhan,” katanya.

Katanya lagi, beliau sendiri turut meninjau venue tersebut sebagai sebahagian daripada persiapan konsert berkenaan.

“Zepp selain dilengkapi dengan peralatan high end & top notch yang baru dibuka di ibu kota ini juga boleh menampung lebih dari 2,300 orang.

“Harapan adalah followers dan fans A.C.A.B. serta Cromok nanti dapat memenuhkan venue berprestij ini pada bulan March sebelum Ramadan,” katanya lagi.

Harga tiket, platform jualan tiket serta tarikh jualan tiket bakal diumumkan tidak lama lagi

Manakala, harga tiket konsert yang bakal menampilkan kedua-dua band legenda tersebut dijangka bermula dari RM180 hingga RM280.

Tambahnya, harga tiket rasmi serta tarikh penjualan tiket akan dimaklumkan kepada khalayak tidak lama lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa mereka juga akan menyediakan kaedah pembayaran menggunakan  Atome kepada para peminat .

Don’t worry kita akan buat, “Atome” option untuk beli tiket dengan 3 kali bayar,” kata Megat.

Dalam pada itu, Megat menerusi hantaran terbaru di Facebook turut berkongsi beberapa pilihan tempat duduk dan berdiri bagi para peminat yang bakal mengunjungi konsert tersebut.

Untuk makluman, A.C.A.B. merupakan sebuah kugiran skinhead dari Malaysia yang ditubuhkan pada hujung tahun 1994.  Band tersebut telah menampilkan lagu-lagu bergenre Oi! dari 1994 hingga tahun 2004.

Kemudian, nama kumpulan berkenaan ditukar kepada The A.C.A.B. susulan kelainan muzik yang dibawa selepas itu.

Antara lagu popular A.C.A.B. adalah Skinhead Selamanya, We Are A.C.A.B. dan Where Have all the Bootboys Gone.

Manakala Cromok pula boleh dianggap sebagai band perintis muzik thrash heavy metal tanah air yang ditubuhkan pada 1986 oleh empat orang pelajar semasa menuntut di Australia.

Mereka adalah Shamsuddin Ali (Sam), Khairul Anuar Shariff (Karl), Muhammad Khairuddin (Din), dan Tarmizi Mokhtar (Miji).

Disana, mereka sering meyertai gig dan konsert-konsert kecil bagi berkongsi karya kumpulan itu.

Cromok mengeluarkan album pertama mereka, Images of Purity pada 1991 dan mendapat reaksi positif daripada komuniti muzik tersebut.

Antara lagu Cromok paling diingati adalah Another You, I don’t Belong Here, Misty, Metallurgical dan Memories.

BACA: Tak Ada Selekoh Langsung, Kenali Lebuh Raya Terlurus Di Dunia Sepanjang 255km

Sumber: Megat Hafiz Mohammad via Facebook

The post A.C.A.B. & Cromok Bergabung, Buat Konsert Awal Mac Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*