Pemandu Bas Pengsan, Tak Tahan Bau Durian Dibawa Penumpang

Pemandu bas pengsan durian

Pemandu Bas Pengsan, Tak Tahan Bau Durian Dibawa Penumpang

Seorang pemandu bas di Thailand mengalami sesak nafas sebelum pengsan gara-gara salah seorang penumpangnya membawa masuk buah durian, lapor Thairath.

Konduktor bas yang dikenali sebagai Kussama Srisong telah berkongsi kejadian itu menerusi hantaran muat naiknya di Facebook pada 8 September lalu.

Menurut wanita itu, rakannya mengalami kesukaran bernafas dan pengsan selepas seorang penumpang membawa buah berduri itu ke dalam pengangkutan awam tersebut.

Kejadian itu juga telah menyebabkan perjalanan bas mengalami kelewatan.

Pada awalnya, Srisong telah mengesan salah seorang penumpang yang membawa buah itu ke dalam bas, dan dia telah memintanya untuk turun.

Ini kerana buah durian dilarang dibawa masuk ke dalam pengangkutan awam di Thailand.

Srisong dilaporkan mengalami reaksi alahan yang teruk akibat terdedah kepada buah itu. Dia dilaporkan berasa sesak di dada dan sukar untuk bernafas sebelum jatuh pengsan.

Muat naik hantaran Srisong turut disertai dengan sekeping gambar yang menunjukkan keadaannya ketika itu.

Srisong dilihat terbaring di atas tempat duduk di dalam bas tersebut sambil seorang wanita berjaket menjaganya.

Sementara itu, seorang lagi lelaki lain turut berdiri di sampingnya sambil mengipasnya bagi memberikan pengudaraan yang cukup buat Srisong.

Dalam pada itu, Srisong turut menulis bahawa kejadian itu telah menyebabkan kelewatan perjalanan bagi bas tersebut.

“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan anda sahaja yang tidak dapat meneruskan perjalanan. Tetapi ramai yang lain mungkin terpaksa pulang lewat kerana anda,” tulis Srisong menerusi muat naik hantaran itu.

Srisong mengakhiri hantarannya itu dengan mengucapkan terima kasih kepada penyelamat yang membawanya ke hospital.

Dia juga mengungkapkan penghargaannya kepada mereka yang membantu dan penyelianya yang menelefon untuk memeriksa keadaannya.

Dalam catatan pada hari berikutnya, dia menulis bahawa kini sudah semakin sihat dan telah kembali bekerja.

Srisong kemudian menjelaskan kepada akhbar Thairath yang berpangkalan di Bangkok berkenaan reaksinya ketika kejadian tersebut.

“Sekiranya penumpang membawa durian ke dalam bas, mereka boleh diarahkan untuk turun dengan segera. Tetapi baunya akan kekal,” katanya.

Selain itu, Srisong turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membawa barang yang berbau kuat seperti durian dan ikan masin ke dalam pengangkutan awam kerana ia adalah perkara yang dilarang.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sumber: Thairath, Mothership

The post Pemandu Bas Pengsan, Tak Tahan Bau Durian Dibawa Penumpang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*