Daftar CelcomDigi Fiber Dan Berpeluang Menang ‘Makeover’ Rumah Percuma Dari The Makeover Guys

CelcomDigi bekerjasama dengan The Makeover Guys (TMG) untuk menyediakan pengubahsuaian kediaman yang mudah dimiliki dan  dilengkapi dengan fiber kepada pemilik rumah baharu.

Hanya daftar dengan CelcomDigi fiber dan The Makeover Guys. Kemudian, lihat kediaman impian anda berubah menjadi ruang yang menarik dan selesa, lengkap dengan rangkaian fiber ultrapantas PERCUMA selama 6 bulan. Bukan itu sahaja, miliki TV Samsung 55” 4K UHD dan Soundbar secara percuma.

Promosi ini berlangsung daripada 24 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.  Tawaran ini hanya terpakai untuk pelan CelcomDigi fiber 300Mbps baharu atau ke atas dan tersedia kepada pelanggan yang memilih pakej ubah suai kediaman The Makeover Guys.

Cara-cara mendaftar adalah seperti berikut:

Menerusi laman CelcomDigi

Langkah 1: Pelanggan boleh mendaftar untuk tawaran CelcomDigi Fiber dengan mengisi halaman ROI khusus dan memberikan butiran mereka, termasuk maklumat hartanah (saiz).

Langkah 2: Pelanggan akan dihubungi oleh kedua-dua pasukan CelcomDigi fiber dan The Makeover Guy bagi mengesahkan permohonan itu.

Langkah 3: Dapatkan sambungan CelcomDigi fiber kediaman anda + sistem hiburan kediaman PERCUMA.

Menerusi The Makeover Guys

Langkah 1: Pelanggan baharu dan sedia ada yang mendaftar untuk pakej ubah suai kediaman TMG dengan CelcomDigi fiber kediaman layak untuk tawaran ini.

Langkah 2: Kakitangan jualan TMG akan membimbing pelanggan mengimbas kod QR untuk mendaftar minat mereka dengan melayari laman kempen dan mengisi ROI khusus.

Langkah 3: Pelanggan akan dihubungi oleh pasukan CelcomDigi fiber dan The Makeover Guys (TMG) bagi mengesahkan permohonan mereka.

Langkah 4: Dapatkan sambungan CelcomDigi fiber kediaman anda dan TV Samsung 55” 4K UHD PERCUMA + Soundbar.

The post Daftar CelcomDigi Fiber Dan Berpeluang Menang ‘Makeover’ Rumah Percuma Dari The Makeover Guys appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*