Aafiyah Dapat Sijil Keberanian Lepas Tindik Telinga

aafiyah tindik telinga

Aafiyah Dapat Sijil Keberanian Lepas Tindik Telinga

Anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid menerima sijil pengiktirafan daripada Habib Jewels selepas menindik telinganya.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pembekal emas itu di laman Facebook rasmi memaparkan Aafiyah berdiri sambil memegang sijil di samping Siti Nurhaliza.

Aafiyah Berani Tindik Telinga

Difahamkan, sijil itu diberikan sebagai pengiktirafan untuk Aafiyah yang berani menindik telinganya semasa sesi itu dilakukan baru-baru ini.

“Keberanian Aafiyah semasa sesi menindik telinga menunjukkan betapa hebatnya si kecil ini.

“Ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana sudi berkongsi saat istimewa ini bersama kami,” tulis Habib.

Gambar: Habib

Malu-Malu, Tokti Bangga Aafiyah Buat Persembahan Piano

Sebelum ini, Datuk Siti atau lebih dikenali sebagai Tokti meluahkan rasa bangga dan teruja apabila anak sulungnya, Aafiyah Khalid membuat persembahan bermain piano di hadapan khalayak ramai

Beliau dalam satu perkongsiannya di Instagram berasa bangga dengan pencapaian anaknya kerana berani membuat persembahan tersebut

BACA: Tulisan Didakwa ‘Kod Rahsia’, Aafiyah Upload Tanpa Sengaja – Siti Nurhaliza

Biarpun Aafiyah dilihat malu untuk melakukan persembahan itu namun dia masih mempunyai keberanian untuk bermain piano bertemankan Teacher Illy daripada Illy Piano Academy (IPA Edcuation).

Aafiyah memainkan dua buah lagu semasa persembahan tersebut iaitu, Bloody Mary daripada Lady Gaga dan sebuah lagi lagu daripada penyanyi Korea Selatan, Jisoo iaitu Flower.

Semasa lagu kedua dimainkan, Aafiyah sempat menunjukkan tarian terkenal Jisoo dalam lagunya sambil meletakkan bunga di kedua telapak tangannya.

“Alhamdullillah. Aafiyah buat persembahan yang membanggakan ibu. Walaupun nampak pemalu sangat, tapi Aafiyah lakukan yang terbaik siap dengan tarian lagi.

Extra sikitlah macam ibu dia nak juga element tarian macam itu,” kata TokTi dalam kapsyennya.

Gelagat Aafiyah dan adiknya, Afwa, sentiasa menjadi perhatian ramai khususnya warganet di media sosial yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

BACA JUGA: Tiket Konsert Siti Nurhaliza Laku Keras, “Sold Out” Dalam Tempoh Dua Jam

Sumber: Facebook Habib

The post Aafiyah Dapat Sijil Keberanian Lepas Tindik Telinga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*