Pemandu E-Hailing Diumpan Keluar Dari Hotel Ke Ladang Kelapa Sawit Sebelum Dibunuh – Pendakwaan

pemandu e-hailing ladang kelapa sawit

Pemandu E-Hailing Diumpan Keluar Dari Hotel Ke Ladang Kelapa Sawit Sebelum Dibunuh – Pendakwaan

TAWAU, 2 Jan (Bernama) — Pendakwaan kes perbicaraan enam anggota polis dan seorang awam yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing akan membuktikan bahawa mangsa telah diumpan keluar dari sebuah hotel di sini dan diarah memandu ke ladang kelapa sawit di mana dia ditikam pada 13 Jan tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dalam ucapan pembukaan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata bedah siasat turut mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan parah pada leher disebabkan oleh objek tajam.

Di kandang tertuduh ialah bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC dan lima anggota polis.

Ketujuh suspek didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini di antara 7.30 malam hingga 11.30 malam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang lain, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

BACA: Mayat Guru Dipercayai Meninggal Lebih Seminggu Ditemukan Di Rumah Sewa

Pada prosiding hari ini, empat saksi memberi keterangan termasuk seorang pekerja ladang sawit iaitu Kereiun Elbis yang merupakan orang pertama menemukan mayat Nurman dan sebuah kereta di Estet Liew Tet Chung pada pagi 16 Jan 2023.

Kereiun berkata dia turut menunjukkan laluan ke lokasi penemuan mayat kepada Koperal Sharifuddin Yusop manakala Pengurus Estet itu Liew Tet Chung pula memaklumkan mahkamah dia ternampak sebuah kenderaan jenis Myvi ketika membawa pekerjanya itu untuk menabur baja.

Liew berkata dia ternampak mayat mangsa di tepi kenderaan terbabit dan menghubungi abang saudaranya yang kemudian menyuruh dia menghubungi polis.

Tertuduh turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail, Rohaiza Abdul Rahman, Low Qin Hui dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad manakala lima tertuduh yang lain diwakili peguam Ram Singh serta Kamarudin Mohmad Chinki.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.

Sumber: BERNAMA

The post Pemandu E-Hailing Diumpan Keluar Dari Hotel Ke Ladang Kelapa Sawit Sebelum Dibunuh – Pendakwaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*