Ungkap Kisah Orang Ketiga Hadir Ketika LDR, Ramai Geram Tunggu “Ending” Drama Viu Ni

Ungkap Kisah Orang Ketiga Hadir Ketika LDR, Ramai Geram Tunggu “Ending” Drama Viu Ni

Sudah menjadi fitrah untuk semua orang mempunyai pasangan. Cuma, setiap orang ada cerita yang berbeza.

Manakan tidak, nak kekalkan sesebuah hubungan bukan mudah, banyak yang perlu dilalui. Tambah-tambah pula bila duduk berjauhan, satu per satu ujian datang menimpa.

Kadang-kadang hal kecil juga boleh jadi punca kepada pergaduhan yang besar. Ini kerana sesetengah pasangan tidak berkomunikasi dengan baik dan tidak cuba memahami antara satu sama lain.

Namun, lebih parah lagi bila ada orang ketiga yang menjadi punca hubungan mula renggang. Lama kelamaan, ia menjadi seperti barah yang tidak lagi boleh diselamatkan.

Itulah situasi yang perlu dilalui oleh Kate dan Liam yang sedang menjalinkan hubungan jarak jauh atau long distance relationship (LDR). Antara kerjaya dan cinta, mereka terpisah beribu batu.

Tapi, pertemuan semula nampaknya bakal menguji kesetiaan pasangan itu.

Siapa Kate dan Liam?

Bagi yang belum tahu, Kate dan Liam ini adalah watak dalam siri terbaharu terbitan Viu iaitu Bad Boys Vs Crazy Girls musim kedua. Mungkin yang dah tengok musim satu akan tahu liku-liku kisah Kate dan Liam ini bersama kawan-kawan mereka.

"ending" drama viu

Watak Kate dilakonkan oleh Megan Domani dan Liam pula oleh Devano Danendra.

Bagi musim kedua ini, Kate dan Liam mempunyai nasib yang berbeza dalam kerjaya mereka. Kate yang sangat meminati bidang fesyen mempunyai prestasi yang cemerlang ketika belajar di Paris. Bahkan dia juga dipertanggungjawabkan untuk membantu pensyarahnya menganjurkan acara fesyen di Milan.

Sementara itu, Liam yang berada di Jakarta pula masih lagi mencari ‘rentak’ membina kerjayanya dalam bidang muzik yang kelihatan seakan samar. Dalam keadaan ini, dia bergelut dengan janji yang pernah dibuat dengan ayahnya iaitu dia perlu belajar jurusan bisnes di London jika kerjaya muziknya tidak menampakkan hasil.

Tertekan dengan keadaan itu, Liam memutuskan untuk pergi ke Milan dan bertemu dengan Kate. Namun, kejayaan Kate nampaknya sedikit sebanyak turut mengganggu fikirannya.

"ending" drama viu

Ketika itu juga nasib semakin mencengkam mereka berdua apabila bekas kekasih Kate muncul semula dan membuatkan hubungan mereka goyah. Perlu bersaing dengan lelaki yang ada segalanya, Liam nampaknya perlu bekerja keras untuk menambat hati Kate. Namun adakah Liam akan berputus asa? Apa yang akan terjadi dengan hubungan mereka?

"ending" drama viu

Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kena tonton siri ini setiap hari Isnin dan Selasa hanya di Viu. Jangan risau pada siapa yang terlepas Bad Boys Vs Crazy Girls musim pertama, anda boleh binge watch di sini.

The post Ungkap Kisah Orang Ketiga Hadir Ketika LDR, Ramai Geram Tunggu “Ending” Drama Viu Ni appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*