Abu Al Sebaa, Lelaki Pemurah Tawar Makanan Percuma Kepada Jemaah Di Madinah Meninggal Dunia

abu al sebaa meninggal

Abu Al Sebaa, Lelaki Pemurah Tawar Makanan Percuma Kepada Jemaah Di Madinah Meninggal Dunia

Lelaki di Arab Saudi yang dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah dan baik hati, Sheikh Ismail Al Zaim dilapor meninggal dunia baru-baru ini pada usia 96 tahun.

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Abu Al Sebaa’ telah meninggalkan sebuah legasi yang hebat iaitu amalan menyantuni para jemaah yang menunaikan ibadah di Madinah.

Selama empat dekad, Sheikh Abu Al Sebaa telah mendedikasikan hidupnya untuk menawarkan minuman panas dan makanan kepada jemaah yang mengunjungi Madinah, termasuklah Masjid Nabawi.

Abu Al Sebaa telah dilahirkan di Hama, sebuah bandar di Syria dan berpindah ke Madinah sejak 50 tahun yang lalu. Selepas berpindah ke Madinah, beliau telah menjadi salah seorang individu yang cukup terkenal di sana.

Rutin hariannya adalah menyediakan minuman kopi, teh, susu serta makanan seperti roti dalam kuantiti yang banyak.

Setiap pagi, beliau akan mengisi kira-kira 44 bekas besar minuman panas dan meletakkannnya di atas troli. Seterusnya, beliau akan pergi ke tempat biasanya dan menyambung khidmat baktinya sehingga waktu tengah hari.

Kebiasaannya, beliau akan duduk di atas kerusi plastik berdekatan dengan Masjid Nabawi dan meletakkan sebuah meja didepannya.

Di atas meja terbabit, beliau akan meletakkan beberapa pinggan yang mengandungi manisan, kurma berserta minuman seperti kopi dan teh.

Komitmennya yang tidak berbelah bahagi telah menyentuh hati jutaan manusia yang mengunjungi masjid tersebut dari seluruh dunia.

Kelibat figura pemurah ini telah banyak kelihatan dalam video-video yang dirakam dan dimuatnaik pengunjung-pengunjung di media sosial. Abu Al Sebaa telah dipuji atas dedikasinya dalam menawarkan hospitaliti terbaik buat pengunjung.

Walaupun sudah lanjut usia, senyuman dan raut wajah Abu Al Sebaa masih memaparkan kebaikan dan rasa kasih sayang buat sesiapa yang melihatnya.

Dalam banyak sesi temu bual, Abu Al Sebaa berkata bahawa dirinya melakukan perkara ini hanya untuk Allah SWT serta tidak menerima sebarang sokongan kewangan daripada orang lain.

Bagaimanapun, punca kematian tokoh hebat itu tidak dinyatakan.

BACA: Kenapa Ada Kilat Ketika Gunung Berapi Meletus? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Gulf News 

The post Abu Al Sebaa, Lelaki Pemurah Tawar Makanan Percuma Kepada Jemaah Di Madinah Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*