Ini Faedah-faedah Belanjawan 2024 Untuk Golongan M40

belanjawan 2024 untuk m40

Ini Faedah-faedah Belanjawan 2024 Untuk Golongan M40

Terdapat persoalan mengenai Belanjawan 2024, di mana ada yang bertanya jika golongan M40 tidak akan mendapat apa-apa dalam belanjawan tersebut.

Persoalan itu dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan dan juga Steven Sim Chee Keong selaku Timbalan Menteri Kewangan 2. Mereka juga menyenaraikan faedah-faedah yang terdapat untuk golongan M40 dalam Belanjawan 2024.

Kata  Ahmad Maslan, “PMX dan Kerajaan Perpaduan tidak akan melupakan M40 sama ada dalam Belanjawan 2023 dan juga Belanjawan 2024,”

Jadi, mari kita lihat senarai faedah yang terdapat dalam Belanjawan 2024 untuk golongan M40 yang telah disebutkan.

Peruntukan Untuk M40

Antara peruntukan atau faedah buat golongan M40 adalah pengecualian deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri. Seterusnya, pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk penjagaan gigi.

Terdapat juga diskaun untuk bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 15 peratus bagi mereka yang meminjamnya.

Selain itu, pembelian alatan sukan, melakukan aktiviti sukan, pergi ke gimnasium, menyewa gelanggang futsal dan badminton, kesemuanya akan diberikan pelepasan cukai sebanyak RM1,000.

Dalam masa sama, Duti Setem pindah milik harta tanah melibatkan benefisiari yang layak mengikut wasiat atau faraid hanya dikenakan RM10. Kursus peningkatan kendiri akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM2,000.

Bagi orang yang telah muflis berumur 40 tahun ke bawah serta mempunyai hutang tidak melebihi Rm200,000 akan diberi Dasar Peluang Kedua. Kemudian, terdapat juga pengecualian cukai untuk penjagaan anak-anak oleh majikan dinaikkan sehingga Rm3,000.

Turut dinyatakan, akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh diakses pada bila-bila masa. Para isteri pula boleh memindahkan 2 peratus caruman KWSP kepada suami di bawah program i-Sayang.

Wanita yang ingin kembali bekerja akan mendapat pelepasan cukai yang dilanjutkan sehingga tahun 2027. Terdapat juga tawaran program Net Energy Meteirng (NEM) untuk pemasangan panel solar.

Faedah yang terakhir yang telah disebut adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk semua termasuklah golongan M40, dengan nilai RM150 bagi setiap orang anak.

“Kalau kita nak sebutkan semua memang banyak senarainya,” kata Ahmad Maslan.

Untuk penerangan lebih jelas boleh tonton video mereka di bawah ini:

@stevensimck

Apa M40 dapat dalam Belanjawan 2024? #AhmadMaslan #Belanjawan2024 #EkonomiMadani #jalanteruih #mof #kementeriankewangan #parlimenmalaysia #MalaysiaMadani #foryou #perpaduan #stevensim #fypシ #foryoupage

♬ Epic Music(812424) – Pavel

Sumber: Steven Sim

BACA JUGA: Hukum Lafaz Akad Nikah ‘Aku Terima’ Sahaja, Sah Atau Tidak? Ini Kata Dr. Zulkifli

The post Ini Faedah-faedah Belanjawan 2024 Untuk Golongan M40 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*