Ada Alatan Khas, Ini Rupanya Cara Angkasawan Potong Rambut

Ada Alatan Khas, Ini Rupanya Cara Angkasawan Potong Rambut

Seperti yang diketahui, ruang angkasa lepas masih dipenuhi pelbagai misteri dan ia sentiasa menjadi lubuk kajian para angkasawan. Berbeza di bumi yang mempunyai daya tarikan graviti, angkasa tidak mempunyai medan magnet.

Oleh itu, kita dapat menyaksikan banyak batu-batuan dan sampah angkasa terapung merata-rata di ruang angkasa. Perkara sama juga berlaku pada para angkasawan yang berpangkalan di luar bumi itu.

Jika para angkasawan menetap di sana dalam tempoh yang lama, bagaimanakah mereka melakukan aktiviti harian? Pernah tak anda terfikir bagaimana angkasawan memotong rambut di angkasa lepas?

Menarik bukan? tanpa membuang masa, mari kita ikuti topik ini di bawah.

Macam Mana Angkasawan Potong Rambut Di Angkasa?

Menurut Space Facts UK, sebelum berlepas ke stesen angkasa, mana-mana angkasawan perlu memotong rambut.

Difahamkan, mereka perlu memotong rambut setiap dua minggu setelah berada di angkasa. Ia bagi mengelakkan rambut menjadi terlalu panjang dan mengganggu kerja.

Potongan rambut angkasawan tidak mengikuti pelbagai gaya. Ia disebabkan faktor ketiadaan graviti dan menimbulkan pelbagai kesukaran.

Gambar: YouTube NASA Johnson

Oleh itu, mesin rambut yang digunakan juga tidak sama seperti peralatan yang digunakan di bumi. Uniknya, mesin yang digunakan telah diubah suai di mana rambut yang dipotong akan disedut seperti vakum.

Dalam video yang dikongsikan oleh salah seorang angkasawan, Chris Cassady, menunjukkan peralatan tersebut.

Dia memaparkan mesin gunting elektrik dan saluran vakum yang dicantumkan bersama. Rambut yang dipotong akan terkumpul dalam tempat simpanan vakum.

Gambar: YouTube NASA Johnson
Gambar: YouTube NASA Johnson

BACA: Penuh Warna-Warni, Piala Asia 2023 Buka Tirai Secara Rasmi

Penggunaan gunting rambut vakum sewaktu memotong rambut bertujuan untuk mengelakkan rambut yang gugur terapung di sekeliling stesen. Perkara ini boleh membawa bahaya jika angkasawan terhidu atau menyebabkan kerengsaan pada mata.

Perkara secara tidak langsung memudahkan proses pemotongan rambut kerana ia tidak berterbangan di ruangan bilik.

Rambut Angkasawan Wanita

Sementara itu, tentunya anda terfikir, bagaimana pula dengan rambut perempuan? Adakah sama juga proses pemotongan rambut seperti angkawasan lelaki?

Dalam video yang dikongsikan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA), Samantha Cristoforetti dari Itali menunjukkan proses itu. Klip tersebut menunjukkan wanita itu dibantu oleh dua lagi angkasawan Terry Virts dan Anton Shkaplerov

Seperti kaedah yang digunakan oleh tukang gunting iaitu mereka juga akan menandakan paras rambut terlebih dahulu sebelum digunting.

angkasawan potong rambut
Gambar: YouTube ESA

Bagi potongan rambut wanita, mereka akan dibantu oleh dua angkasawan lain.

Individu pertama akan bertindak sebagai tukang gunting rambut. Manakala seorang lagi akan mengikuti bahagian rambut yang digunting menggunakan mesin gunting vakum.

Langkah ini bagi memastikan rambut yang digunting tidak berterbangan.

Macam Mana Pula Cuci Dan Keringkan Rambut?

Untuk kaedah mencuci rambut di angkasa, angkasawan akan menggunakan syampu tanpa bilas. Mereka akan menggosokkan rambut serta kulit kepala dengan tuala.  Manakala untuk mengeringkan rambut pula, mereka akan menggunakan tuala lain.

angkasawan potong rambut
Gambar: YouTube NASA Johnson

Untuk proses mencukur di angkasa, ia masih sama dengan menggunakan pisau cukur elektrik. Walau bagaimanapun, angkasawan perlu berhati-hati sewaktu mencukur agar tidak membiarkan rerambut seperti misai sesat terapung.

Untuk gambaran visual yang lebih jelas, boleh tonton video yang dikongsikan di atas.

Sumber: Space Facts UK

The post Ada Alatan Khas, Ini Rupanya Cara Angkasawan Potong Rambut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*