“Adoi, Kelakar… Tak Mungkin Terjadi” – Respon Puteri Sarah Terhadap Dakwaan Bakal Jumpa Ira Kazar

“Ramai beritahu Sarah ni. Adoi kelakar la. Tak mungkin terjadi. Saya pun masih lagi berada di Makkah. Tenang netizen. Kreatif betul cerita,” itulah ujar pelakon Puteri Sarah Liyana yang berasa lucu apabila menerima kiriman laporan blog daripada salah seorang pengikutnya yang mengatakan dia bakal bersemuka dengan madunya, Ira kazar.

Ketika ini, Puteri Sarah kini sedang menunaikan ibadah umrah membawa kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Keberangkatan Puteri Sarah hanya diiringi ahli keluarganya dan kelibat suaminya, Syamsul Yusof tidak kelihatan.

Dalam kenyataan tersebut, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, laporan tersebut sama sekali tidak benar, malah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar

Menerusi paparan yang dikongsi, tajuk yang tertera pada artikel berkenaan berbunyi ‘Saya akan jumpa Ira Kazar. Sebelum dia ajak saya… Saya akan… Akhirnya Puteri Sarah akan bersemuka…’

Sebelum ini, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira di Thailand dan berwakil walikan bapanya, pelakon Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, Sarah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk makluman, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul, 6, dan Sumayyah, 5.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*