Pemandu Teksi Dirakam Selamba Sumbat Almari Dalam But Kereta

sumbat almari dalam but kereta

Pemandu Teksi Dirakam Selamba Sumbat Almari Dalam But Kereta

Tular di media sosial Thailand selepas beberapa keping gambar memaparkan aksi sebuah teksi dilihat selamba membawa almari pakaian dalam but kereta.

Gambar yang dikongsikan itu telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial di Thailand.

Kredit Facebook

Gambar itu dipercayai telah diambil oleh seorang ahli kumpulan pemandu teksi Thailand di Facebook.

Pemandangan luar biasa itu seterusnya telah mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ada yang mempersoalkan keperluan penggunaan trak pikap.

Ada juga yang turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap potensi bahaya yang mungkin berlaku.

Menerusi laporan KhaoSod, beberapa netizen mula membuat spekulasi bahawa gambar itu mungkin telah disunting.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan dan beberapa saksi mengesahkan dan melihat dengan mata mereka sendiri tentang kejadian itu.

Kredit Facebook

“Ya, saya nampak ia dekat Monumen Kemenangan. Bagaimana mereka berjaya melakukannya?” kata seorang saksi.

Teksi itu selamat sampai ke destinasi yang ditujunya

Seorang lagi pengguna menambah bahawa mereka telah melihat teksi itu sampai ke destinasi dengan selamat. Namun almari itu telah terbalik dan cerminnya sudah pecah apabila ia dipunggah di sebuah lorong.

Insiden itu telah memperlihatkan kepintaran pemandu teksi dalam menghadapi situasi yang mencabar dan kepentingan dalam keselamatan jalan raya.

Kejadian luar biasa itu merupakan sebuah cerita yang biasa bagi pemandu teksi di Bangkok.

Semalam, Thaiger melaporkan bahawa Polis Bangkok menahan seorang pemandu teksi yang didakwa mencuri 1.2 juta baht (RM160,000) daripadas seorang penumpang Jepun.

Kejadian itu dipercayai berlaku semasa penumpang asing itu tertidur sewaktu dalam perjalanan menuju ke destinasi yang ingin ditujunya.

Kecurian itu berlaku pada awal pagi Khamis, 8 Jun lalu. Ahli perniagaan Jepun berusia 40 tahun bernama Nammo Hiroshi melaporkan kejadian itu di Balai Polis Thong Lor.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Jelasnya, dia menaiki sebuah teksi berwarna merah jambu dari kejiranan Asoke di Bangkok menuju ke kawasan Sukhumvit.

Pemandu teksi itu kemudiannya secara tiba-tiba telah berhenti dan mendesak Hiroshi menukar ke kereta teksi yang lain. Hiroshi akur dan berpindah ke teksi lain.

Dia kemudian tertidur sehingga tiba di destinasinya dan mendapati bahawa harta bendanya telah hilang. Ia termasuk jam tangan Rolex, iPhone 14 Pro max, Macbook serta kad kreditnya.

Sumber: The Thaiger

The post Pemandu Teksi Dirakam Selamba Sumbat Almari Dalam But Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*