Ada ‘Kembar’ Dua & Tiga, Rupanya Ini Beza Jenis Beg Derma Darah Yang Ramai Tak Pernah Tahu

Ada ‘Kembar’ Dua & Tiga, Rupanya Ini Beza Jenis Beg Derma Darah Yang Ramai Tak Pernah Tahu

Bagi anda yang pernah menderma darah, tentu anda perasan satu perkara iaitu selepas sesi kaunseling, doktor atau jururawat akan menentukan jumlah darah yang boleh anda derma.

Jumlah darah diderma pula boleh dilihat berdasarkan jenis beg menyimpan darah yang diguna pakai. Untuk pengetahuan pembaca, terdapat dua jenis beg yang digunakan untuk menyimpan atau mengumpul darah yang anda dermakan.

Bukan saja-saja pakai tau, kerana setiap jenis beg darah ini mempunyai maksud-maksudnya yang tersendiri. Jadi, kali ini kami ingin berkongsi berkenaan dua jenis beg darah yang biasa di lihat di pusat derma darah dan maksudnya.

Perkongsian ini kami bawakan daripada perkongsian asal Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.

1.  DB (double bag)

Bagi beg jenis ini, hanya 350 mls darah sahaja yang akan diambil oleh pihak kesihatan. Biasanya, individu yang menggunakan beg ini adalah mereka yang memiliki berat antara 45 hingga 49 kilogram atau memiliki salur darah yang agak kecil selepas diperiksa oleh jururawat di tempat derma darah.

Selain itu, DB juga akan digunakan bagi individu yang memiliki sejarah pening atau pitam ketika menderma darah sebanyak 450 mls sebelum ini, tekanan darah pada border line dan beberapa faktor lain yang akan ditentukan oleh doktor ataupun jururawat.

2. TB (triple beg)

Berbeza dengan jumlah yang ditampung oleh DB, beg darah TB pula menandakan penderma menderma 450 mls darah. Penderma yang menggunakan beg juga adalah mereka yang memiliki berat badan lebih daripada 50kg, mempunyai salur darah yang agak besar, tekanan darah yang melebihi tahap minimum dan tidak melebihi tahap maksimum 150/99mmhg.

Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mempunyai sejarah mengalami apa-apa masalah seperti pening atau pitam selepas menderma pada sesi sebelumnya. Seperti DB, penggunaan beg ini juga akan ditentukan oleh doktor atau jururawat mengikut kesesuaian pada situasi.

Tambahan pula, 450 mls merupakan jumlah maksimum bagi seseorang individu untuk menderma darah dan kita sama sekali tidak dibenarkan untuk menderma lebih daripada jumlah yang ditetapkan.

Setiap beg darah, sama ada TB atau DB mengandungi sejenis cecair yang akan berfungsi sebagai ejen anti penggumpalan (anticoagulant) bagi mengelakkan darah daripada membeku. Jumlah cecair ini bagaimanapun bergantung kepada jenis beg darah yang digunakan.

Selain itu, beg darah ini juga mempunyai kaedah penyimpanan yang tersendiri seperti takat suhu yang perlu dijaga supaya kualiti beg tidak terjejas.

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia via Facebook

The post Ada ‘Kembar’ Dua & Tiga, Rupanya Ini Beza Jenis Beg Derma Darah Yang Ramai Tak Pernah Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*